Catatan

Yg Pandai dan Yg Pandir

Imej
Bila Si Pandai enggan bersuara Maka Si Pandir bermaharajalela Lagaknya bagaikan pendeta Merekayasa cerita  Hingga yang jelas nyata Bercampur baur mengelabui minda Ditipu pandir satu negara Si Pandai hanya mampu ternganga Mendengar fatwa-fatwa gila Al Hambra Sesudah subuh 26Januari 2022/ 23 Jamadil Akhir 1443 Sungai Buloh 

Bumi yang di cemari

Imej
  Alam bagaikan menjerit Melihat makhluk berkaki dua, berambut hitam Mula berpesta, tak ingat dunia Seakan bebas dari penjara Sudah berbulan alam aman Tanpa ada makhluk perosak menceroboh denai dan sungai Monyet di hutan juga mungkin keliru Adakah ini spesis baru Datang bertamu atau ingin meniru tingkah laku Makhluk angkuh ini masih ingin di gelar khalifah Punya otak tapi sering di tinggalkan Terus dengan kebejatan adab dan akhlak Apa kah yang akan di warisi nanti Hanya tinggal rintihan bumi yang di cemari   Alhambra 16 September 2021 Rahman Putra  

Kisah Mr S

  “ Selamat hari raya doktor”, sapa Mr S bila saja masuk ke klinik. “Terima kasih, selamat hari raya. Tak beraya mana pun saya kali ni. Duduk rumah saja la PKP ni.” “Itu lah, anak saya seorang ada yang muslim. Dah siap semua, tiba-tiba sehari sebelum raya dah announce kata tak boleh ziarah. Tapi dia datang juga sekejap ke rumah saya.”   Ini kali pertama Mr S beritahu saya, dia ada anak yang Muslim. Cerita Mr S anak dia ada 3 orang, seorang anaknya bekerja sebagai arkitek tukar agama ke Islam dan mengekalkan nama cina.   “Ya la. Sekarang kes tengah meningkat ni. Kerajaan terpaksa kuat kuasakan PKP. Bahaya nanti takut raya-raya ni makin merebak covid ni. Ini pun dah nampak lepas raya ni angka meningkat”, jelas saya.   “Saya tak pergi mana-mana pun doktor. Duduk rumah saja. Kalau keluar pun pergi beli barang atau hantar cucu ke sekolah”.     Hampir 4 tahun Mr S menjadi pesakit saya dan hampir tidak pernah miss setiap kali temujanji ke klinik. Seorang warga emas berusia 75 tahun, berbangsa

Bekalan

 Bekalan Aku mengira bekalan yang masih kurang Separuh di ambil buat membayar hutang Separuh busuk di lempar buang Yang tinggal perlu di timbang Disaat matahari hanya sejengkal di atas kepala Tiada sedikit bayang buat bernaung   Tiada secarik kain buat melapik badan Bertahankah hanya dihidangkan keringat dan ghislin Atau hanya di jamu kan buah zaqqum Aku dambakan belas kasihan dari Tuan ku  Agar di tambah peruntukan bekalan  Harapkan yang sedikit berganda tujuh puluh atau tujuh ratus Walau sedikit tapi berat timbangan  Atau mungkin ada yang mahu berkongsi habuan Bergantung nasib di jemput ke telaga Al Kauthar Buat menghilang lelah menunggu perbicaraan Firman Tuan ku Bekalanmu ada dalam sujudmu Ada dalam zikir, tasbih dan tahmid mu Di sampai dalam kalam Tuan ku Dalam kitab agung melalui utusan Nya Cari lah ia di situ Kau akan ketemu jawapan  Apa jenis bekalan yang perlu di bawa pulang Alhambra  27 Julai 2021 17 Zulhijjah 1442 Sungai Buloh

SEHELAI BORANG CUTI- PART II

Imej
  Sehelai borang cuti Sehelai borang cuti Kubiar tak berisi Belum bisa lagi nampak nya Untuk aku merentas negeri Walau sudah di vaksin dua kali Virus bermahkota makin menggila Alpha, Beta, Gamma Dan kini Delta bermaharajalela Entah variasi apa pula yang akan tiba PKP pun dah tak menjadi Setelah berusaha sungguh jaga SOP Lalu ku tolak borang cuti ketepi Pasrah berkorban seorang diri -Ainon Mokhtar 17/07/2021 7 Zulhijjah 1442
Imej
  “Doktor anak berapa orang?” tanya pesakit saya. “Saya tak ada anak” jawab saya ringkas sambil meneruskan ultrasound scan pada lutut pesakit. Cuba fokus mencari ada atau tidak jumpa kristal dalam lutut atau tanda-tanda ultrasound lain yang menyokong diagnosis gout.   Jujur nya saya bukan peramah terutama kalau diluar waktu bekerja. Ramai yang kenal saya akan setuju yang saya ni boleh di katakan seorang yang introvert. Jarang bersembang kecuali dengan orang-orang yang saya kenal.  Cuma bila bekerja, itu lain…perlu banyak bercakap bertanya untuk mendapatkan sejarah penyakit pesakit dan adakala nya perlu  bertanya lebih tentang keadaan psychosocial pesakit.   Satu yang bagus bila buat ultrasound untuk pesakit, dalam masa yang sama saya akan menyambung mengambil sejarah penyakit pesakit dan bertanya itu dan ini. Tapi adakalanya terbalik pula, pesakit yang akan bertanya macam-macam pada saya.   “Apa pandangan doktor,  kalau anak doktor, mahu tak galakkan untuk jadi doktor?” tanya pesakit i

Cemburukan si Lofa

  Cemburukan si Lofa Aku cemburu pada si kaya yang di cerca Bukan kerana masyhur, rupa atau harta Tapi kerana pahala percuma di bulan mulia Bonus ber ganda Jutawan di dunia, mungkin di sana lebih mulia Sedang mereka miskin dunia Pahala sedikit mahu di derma pada si kaya Aduh malang nya akhirat papa kedana Alhambra 16 Ramadhan 1442 28 April 2021