Catatan

Yg Pandai dan Yg Pandir

Imej
Bila Si Pandai enggan bersuara Maka Si Pandir bermaharajalela Lagaknya bagaikan pendeta Merekayasa cerita  Hingga yang jelas nyata Bercampur baur mengelabui minda Ditipu pandir satu negara Si Pandai hanya mampu ternganga Mendengar fatwa-fatwa gila Al Hambra Sesudah subuh 26Januari 2022/ 23 Jamadil Akhir 1443 Sungai Buloh 

Bumi yang di cemari

Imej
  Alam bagaikan menjerit Melihat makhluk berkaki dua, berambut hitam Mula berpesta, tak ingat dunia Seakan bebas dari penjara Sudah berbulan alam aman Tanpa ada makhluk perosak menceroboh denai dan sungai Monyet di hutan juga mungkin keliru Adakah ini spesis baru Datang bertamu atau ingin meniru tingkah laku Makhluk angkuh ini masih ingin di gelar khalifah Punya otak tapi sering di tinggalkan Terus dengan kebejatan adab dan akhlak Apa kah yang akan di warisi nanti Hanya tinggal rintihan bumi yang di cemari   Alhambra 16 September 2021 Rahman Putra  

Kisah Mr S

  “ Selamat hari raya doktor”, sapa Mr S bila saja masuk ke klinik. “Terima kasih, selamat hari raya. Tak beraya mana pun saya kali ni. Duduk rumah saja la PKP ni.” “Itu lah, anak saya seorang ada yang muslim. Dah siap semua, tiba-tiba sehari sebelum raya dah announce kata tak boleh ziarah. Tapi dia datang juga sekejap ke rumah saya.”   Ini kali pertama Mr S beritahu saya, dia ada anak yang Muslim. Cerita Mr S anak dia ada 3 orang, seorang anaknya bekerja sebagai arkitek tukar agama ke Islam dan mengekalkan nama cina.   “Ya la. Sekarang kes tengah meningkat ni. Kerajaan terpaksa kuat kuasakan PKP. Bahaya nanti takut raya-raya ni makin merebak covid ni. Ini pun dah nampak lepas raya ni angka meningkat”, jelas saya.   “Saya tak pergi mana-mana pun doktor. Duduk rumah saja. Kalau keluar pun pergi beli barang atau hantar cucu ke sekolah”.     Hampir 4 tahun Mr S menjadi pesakit saya dan hampir tidak pernah miss setiap kali temujanji ke klinik. Seorang warga ema...

Bekalan

 Bekalan Aku mengira bekalan yang masih kurang Separuh di ambil buat membayar hutang Separuh busuk di lempar buang Yang tinggal perlu di timbang Disaat matahari hanya sejengkal di atas kepala Tiada sedikit bayang buat bernaung   Tiada secarik kain buat melapik badan Bertahankah hanya dihidangkan keringat dan ghislin Atau hanya di jamu kan buah zaqqum Aku dambakan belas kasihan dari Tuan ku  Agar di tambah peruntukan bekalan  Harapkan yang sedikit berganda tujuh puluh atau tujuh ratus Walau sedikit tapi berat timbangan  Atau mungkin ada yang mahu berkongsi habuan Bergantung nasib di jemput ke telaga Al Kauthar Buat menghilang lelah menunggu perbicaraan Firman Tuan ku Bekalanmu ada dalam sujudmu Ada dalam zikir, tasbih dan tahmid mu Di sampai dalam kalam Tuan ku Dalam kitab agung melalui utusan Nya Cari lah ia di situ Kau akan ketemu jawapan  Apa jenis bekalan yang perlu di bawa pulang Alhambra  27 Julai 2021 17 Zulhijjah 1442 Sungai Buloh

SEHELAI BORANG CUTI- PART II

Imej
  Sehelai borang cuti Sehelai borang cuti Kubiar tak berisi Belum bisa lagi nampak nya Untuk aku merentas negeri Walau sudah di vaksin dua kali Virus bermahkota makin menggila Alpha, Beta, Gamma Dan kini Delta bermaharajalela Entah variasi apa pula yang akan tiba PKP pun dah tak menjadi Setelah berusaha sungguh jaga SOP Lalu ku tolak borang cuti ketepi Pasrah berkorban seorang diri -Ainon Mokhtar 17/07/2021 7 Zulhijjah 1442
Imej
  “Doktor anak berapa orang?” tanya pesakit saya. “Saya tak ada anak” jawab saya ringkas sambil meneruskan ultrasound scan pada lutut pesakit. Cuba fokus mencari ada atau tidak jumpa kristal dalam lutut atau tanda-tanda ultrasound lain yang menyokong diagnosis gout.   Jujur nya saya bukan peramah terutama kalau diluar waktu bekerja. Ramai yang kenal saya akan setuju yang saya ni boleh di katakan seorang yang introvert. Jarang bersembang kecuali dengan orang-orang yang saya kenal.  Cuma bila bekerja, itu lain…perlu banyak bercakap bertanya untuk mendapatkan sejarah penyakit pesakit dan adakala nya perlu  bertanya lebih tentang keadaan psychosocial pesakit.   Satu yang bagus bila buat ultrasound untuk pesakit, dalam masa yang sama saya akan menyambung mengambil sejarah penyakit pesakit dan bertanya itu dan ini. Tapi adakalanya terbalik pula, pesakit yang akan bertanya macam-macam pada saya.   “Apa pandangan doktor,  kalau anak doktor, mahu tak galakkan u...

Cemburukan si Lofa

  Cemburukan si Lofa Aku cemburu pada si kaya yang di cerca Bukan kerana masyhur, rupa atau harta Tapi kerana pahala percuma di bulan mulia Bonus ber ganda Jutawan di dunia, mungkin di sana lebih mulia Sedang mereka miskin dunia Pahala sedikit mahu di derma pada si kaya Aduh malang nya akhirat papa kedana Alhambra 16 Ramadhan 1442 28 April 2021

Sehelai Borang Cuti

  Sehelai borang cuti Sehelai borang cuti Kubiar tak berisi Belum bisa merentas negeri Virus bermahkota masih menguasai Walau sudah di vaksin dua kali Berayalah seorang diri Lalu ku tolak borang cuti ketepi Alhambra 14 Ramadhan 1442 26 April 2021
 Kisah tentang A Temujanji A di klinik saya sepatutnya minggu depan. Tapi dia datang awal sedikit. Melihatkan A di bawa masuk dengan kerusi roda,  timbul tanda tanya apa pula lah yang terjadi padanya. Baru dua minggu lepas keadaan beliau nampak stabil dan menunjukkan kesan positif pada ubat. A merupakan pesakit saya hampir 5 tahun lepas. Baru berumur 30an, mengalami Rheumatoid Arthritis (RA). Agak teruk juga simptom sakit sendi beliau. Tambahan semasa dia belajar di United Kingdom sebelum ini dan ada kalanya bekalan ubat terputus atau dia cuma bergantung ubat steroid. Pernah saya beri kan surat rujukan untuk beliau mendapatkan rawatan di UK dalam tempoh beliau disana. Walau bagaimana pun kebanyakan masa, beliau tiada kesempatan untuk bertemu pakar rheumatogi di sana dan akhirnya bergantung pada pengambilan steroid ie: prednisolon untuk meredakan kesakitan pada sendi yang dia alami. Bila dia pulang untuk bercuti, selalu A akan datang berjumpa saya untuk menyambung rawatan dan u...

Tiba-tiba rasa rindu menjengah

Imej
  Tiba-tiba rasa rindu menjengah Hujan pagi ini Rasa kedinginan Adakala    menusuk hingga ke tulang Di sana ku dengar banjir melanda  Sedang aku enak menghirup kopi panas Sambil membaca berita di muka buku Tiba-tiba rasa rindu menjengah  Apa khabar mu sahabat Ah mala petaka apa kah ini Luas bumi Allah ini tapi terasa sempit dunia Terpenjara di ruangan sendiri Katanya    Covid melanda Pergerakan terbatas hanya di dunia maya Penjarakkan secara sosial dari dijangkiti Tiba-tiba rasa rindu menjengah  Apa kamu sihat-sihat saja kah sahabat Di media  Politikus bercakaran Rakus merebut laba dan habuan   Takut takhta jatuh ke tangan lawan Sedang rakyat di himpit kesusahan Lalu semboyan darurat diisytiharkan Agar dapat hentikan sementara perbalahan Tiba-tiba rasa rindu menjengah  Kamu tidak apa-apa kan sahabat Hari hari Mala petaka silih berganti datang menimpa Saban hari di hidangkan dengan angka  Yang dijangkiti kian berganda Kemat...

Khadam

Imej
Ya tuan Kami sokong tuan Betul tu tuan Kami ikut tuan Diam... Ya tuan Kami diam Cakap... Ya tuan kami turut perintah Tak perlu Di tutup mulut kami Kerana kami bisu Tak perlu Di tutup rapat mata kami Kerana kami buta Tak perlu Di ikat kuat tangan kami Kerana kami sudah lesu Jangan risau Kerana Kami tak berani melawan Jangan risau Kerana Kami masih berangan Jangan risau Kerana Kami hanya lah khadam yang menunggu habuan Kami hanya lah khadam yang tiada pegangan Al Hambra Berkarya dari atas pelantar larian 😬 12 Nov 2018
Begini atau begitu Aku kata begini Engkau kata begitu Aku bilang begini bikinnya Engkau bilang begitu caranya Kata ku cara kamu itu salah Kata mu aku harus mengalah Aku kata hidup ini perlu dipandu Ada hadnya perlu ada hala tuju Bukan mengikut nafsu melulu Al-Quran dan sunnah jadi pemandu Boleh saja bersuara tapi bahasanya harus dijaga Bisa saja berlembut tapi bukan sampai dihinggut Ada kalanya perlu bertegas namun tindakan harus waras Tiap perbuatan tentu ada batas Bukan hanya memelihara adat Biar segalanya menjadi ibadat Kata mereka cara barat harus di sanjung Hak asasi manusia perlu dijunjung Semua agama sama dan bisa bergabung Tiada beda tiada apa perlu dibendung Hidup cukup pakai logik akal fikiran Cara Nabi sudah ketinggalan Ini zaman liberal menjadi ikutan Tidak ikut kita kan dipinggirkan Semuanya bisa saja bersuara Kerana kita punya hak sama rata Tiada beza lelaki atau perempuan Semuanya boleh saja asal itu adalah pilihan Kata mereka caraku ...
Dunia TERBALIK Yang hitam sudah jadi putih Yang keruh sudah jadi jernih Yang betina sudah jadi jantan Yang jantan sudah jadi pondan Yang pandai lidah mula bercabang Yang jahil pula diangkat dijulang Yang berilmu diam tak berkata Yang bijak disingkir dihina Ayat2 Allah kau tafsir sendiri Sunah Nabi tak mau kau ikuti Alim ulama pula kau keji Mazhab liberal juga yang kau anuti Aduh...kebobrokan apakah ini Dunia sudah terbalik Makin hari semakin pelik Di mata manusia kau mungkin nampak cerdik Di mata malaikat kau makin jelik Ingat lah... Dunia ini ada PEMILIK Jangan sampai bumi ini di TERBALIK Alhambra 13/8/2018
19/09/2017- Sonamarg ke Srinagar Kata orang kalau kita ingin mengenali seseorang ...mengembaralah dengan beliau. Pengembaraan yang melalui susah senang selalunya menunjukkan sifat sebenar seseorang. Adakalanya menguji kesabaran. Begitu lah kita manusia ini tidak pernah sempurna dan sering melakukan kesilapan...Intro dulu😉. Terjaga-jaga juga aku tidur di tempat baru. Bukan tak boleh tidur tapi rasa macam terjaga bila ada electricity interupted. Kemudian sambung tidur semula. Subuh di sini dalam pukul 4.50am. Siang agak awal disini, begitu juga senja. Sambil masih mengeliat malas memikirkan nak mandi sejuk-sejuk begini. Air di shower dah panas sikit...Lepas mandi, prepare barang-barang balik dalam beg. Katanya pukul 8 pagi kami akan mula bertolak. Baju dah iron dengan iron kecik aku (donated by K. Ida dulu). Dia kata aku obsessive, travel sibuk bawak iron. Dia tak tengok anak sedara aku...lagi obsessive dari aku...😂😂😂. At least sekarang baju2 yang agak mcm T-shirt aku dah ku...

Politikus Picisan

Imej
Jika kau orang aku Semua aku sokong Apa kau kata semuanya  Betul Betul Betul Tiada satu pun yang salah Jika kau seteru aku Semua aku bantah Katamu semuanya Salah Salah Salah Tiada satu pun yang betul Kalau dulu kita kawan  Kini kita lawan Kalau dulu kita lawan Kini boleh pula kita kawan Kalau dulu bertepuk tampar Kini bicaranya cabar mencabar Kalau dulu musuh paling berdosa Kini dialah makhluk paling mulia Dunia... Penuh dengan sandiwara Sanggup saja jadi boneka Asal terus bisa kekal berkuasa Tak kisah lah berkata dusta Yang pasti ada yang percaya Bagai Dajjal dia bermaharajalela  Siapa dia... Dia politikus picisan -Alhambra 6 Januari 2018

Jika Kau Rindu Aku

Imej
Jika kau rindu aku Jika kau rindu aku Bisikkan saja di angin lalu Biar diterbangkan ke langit biru  Menyapa mesra bagaikan lagu Biar bisikan bertukar jadi irama Lantunan gema di dada Himalaya Riang menari mengikut pawana Bagai dirimu menuruti bersama Jika nanti kau rindu aku Pesan saja pada sang mentari Di kala sinar menjenguk diri Kendati diselubungi dingin pagi Masih aku setia duduk menanti Melihat warna di ufuk berganti Membayangkan kau ada disisi Menggunung harapan menanti Usahlah terus rindu aku Tiba saatnya aku kan pulang Bila senja mulai menjelang Ufuk barat bertukar jingga Tanda malam menjelma tiba Tak berkelip mata memandang Melihat teguh puncak Lantang Namun apa kan daya  Cinta ku di tanah Malaya Memori indah ku bawa bersama Maka ku tinggalkan mu Himalaya Moga kita bertemu semula.. -Al Hambra 23 Disember 2017 Memori Himalaya

Secangkir Masala Tea

Imej
Secangkir masala tea Setelah lelah  mendaki Sambil menghirup segarnya udara pagi Melihat indah nya terbit mentari Bukti kebesaran Ilahi Memberi sinar baru di bumi Nepali Setelah di gegar gempa bumi  Banjaran Himalaya masih teguh berdiri Al Hambra  14 Disember 2017