Catatan

Songsang (Aduh Saleha)

Imej
Dunia kini dah makin gila Sudah tak tahu mana jantan dan mana betina nya Bila si Saleh mahu jadi Saleha Dan si Zainal bertukar dengan Zarina Yang lelaki lembut mengalahkan wanita Rambut mengurai bagaikan si dara Bibir merah bagaikan biji saga Sekali pandang ayu jelita Alamak bila bersuara garau la pula Yang perempuan pula apa nak jadi Lembut dan sopan sudah tiada lagi Dilahir sempurna perempuan sejati Gembira ibu ayah comel nya bayi Bila dewasa lain pula jadi Sangka nya boleh bergelar sang puteri Sudah besar teringin pula nak jadi lelaki Lalu bangkit lah mereka pembela hak asasi Kata mereka apa yang kau peduli Kau jaga saja lah tepi kain sendiri Bukan kah itu hak peribadi  Bebas saja pilih jantina sendiri Mereka ada masalah identiti Hajat mereka perlu dipenuhi Penyakit baru mula di cipta Untuk memenuhi kehendak citarasa Mereka ada masalah 'G.I.D' Sampai mereka lupa siapa itu 'GOD' 'bijak pandai' mula bersuara Hak minoriti perlu dijaga Mereka perlu pembelaan sama...

Teguran untuk Saudari- Saudari ku

Imej
Hari ini Biarlah jari-jari ini berbicara Tatkala mulut ku tak mampu bersuara Kerana aku insan yang lemah Tidak pantas untuk berhujah Takut suaraku jadi gementar Tidak tahan menepis komentar Mungkin imanku belum lagi begitu jitu Hanya dengan jari-jemari ini kutunjukkan rasa tak setuju Dengan nya aku menegur secara halus Semoga hati-hati mereka bisa ku tembus Saudari saudari Kamu gelar kamu saudara ku Kamu kata kita hanya bertuhan pada Allah yang satu Muhammad itu Rasul terakhir untuk kamu dan juga aku Syahadah kita tiada beda nya Katamu sumber rujukan kita dari kitab yang sama Tapi mengapa fikir mu jauh berbeza dari alim ulama Bukan kah dari mereka kita patut belajar hidup beragama Kamu ambil apa yang kamu mahu Kamu campak apa yang tak kamu setuju Hukum tuhan kamu pertikai  Lebih percaya pada akal mu yang dangkal Merasa diri dari golongan cerdik pandai Fatwa ulama tak mahu kamu pakai Saudari-saudariku Kamu berani kerana kamu sudah ada nama Keluarga kamu dari golongan ternama Orang-o...

Khitmir

Imej
Khitmir... Nama mu dipetik dari kisah Israeliyat Walau dalam Al Quran tidak jelas tersurat Hanya di kisahkan kau menemani Ashabul Kahfi Tiga ratus di tambah sembilan tahun lamanya kau turut bersembunyi Kamu makhluk ke empat bila mungkin mereka bertiga Kamu makhluk ke enam bila disangka mereka berlima Jika mereka bertujuh maka kamulah yang kelapannya  Tidak perlu kita meneka kerana itu semua tiada guna Biarkan saja ilmu itu hanya ada pada Nya Kamu juga makhluk istimewa ciptaanNya Ada kelebihan juga ada kekurangannya Bezanya kamu dan keturunan mu ada diletakkan garis hadnya Hukum yang menjadi khilaf di kalangan manusia Kenapa dan mengapa tidak usahlah kita pertikaikannya Jangan pula berhujah hanya guna logik akal semata Kerana Pencipta Maha Bijaksana dari apa yang dicipta Kalau itu perintah dari yang Maha Kuasa Kita harus menerima seadanya Bersandarkan hadith dan sunnah Nabi kita Tentulah ujian itu ada hikmahnya Keturunanmu tiada pula patut dipersalah Hanya sifat manusia itu yang suk...

Semangat

Imej
Aku di ajar agar kuat semangat Walau kadang jenuh mencari kederat Harus terus menggengam bara Walau kadang dayanya sudah tiada Aku di ajar menjadi penyelesai setiap karenah Walau diri sendiri dirundung pelbagai masalah Menjadi pendamai bila ada yang berbalah Menyatu kembali mereka yang berpecah Aku di ajar agar tidak mudah keliru Dalam menghadapi permasalahan yang bercelaru Menajamkan minda agar sentiasa jitu Ikatan simpul dapat dirungkai satu persatu Aku di ajar tak mudah leka Bersiap siaga dan sentiasa peka Tak mudah mengalah walau badai melanda Bila jatuh berani saja bangkit semula Berdiri kembali dan mengangkat muka Menyapu luka dan tetap berkata  Jangan kau risau diriku tak mengapa Aku di ajar supaya jadi telinga untuk mendengar  Jadi bahu tempat bersandar Tempat mereka mengadu minta nasihat Walau kadang otak sendiri berselirat Kadang diluar tersenyum manis Dalam diam air mata menitis Bertopengkan dengan wajah yang ceria Walau di dalam hati macam nak gila Tidak mengapa ji...

Si Luncai...

Imej
Si Luncai terjun dengan labu-labunya Biarkan biarkan Si Luncai terjun dengan labu-labunya Biarkan biarkan Buat-buat lah tak tahu  Buat-buat lah keliru Ada kita kesah Ada kita endah Biarkan saja si Luncai Terjun dengan labunya  Jangan kita ganggu Biarkan dia begitu Lihat di sana Si Luncai angkut anak cucu kita Biarkan biarkan Lihat jauh di sana Si Luncai angkut juga harta-harta kita Biarkan biarkan Eh lihat di situ  Si Luncai kini sudah jadi raja Biarkan biarkan Eh lihat di sini Kita sudah tiada apa Sudah jadi papa kedana Lalu kita hanya mampu garu kepala... Dan masih terus berkata Biarkan...biarkan? -Alhambra 11 Oct 2014

Yang Gist dan Yang itis

Imej
Marilah kuajarkan kau subjek bahasa Istilah perubatan namanya Untuk rakan-rakanku yang penat bekerja Moga dapat merehatkan minda Paling tidak masih bisa senyum ketawa Sambil mendengar pantun seloka Jika kamu terasa bingit ditanya Kemana pesakit harus di bawa Atau apakah jenis penyakitnya Lalu jawab sajalah sebegini Agar mereka tak pening dan bertanya lagi Budak-budak bawa saja ke Paediatrician Jangan pula di bawa jumpa Physician Yang tua patutnya jumpa Geriatrician Tak kurang ramai juga dirawat Physician Mahu bersalin jangan lengah jumpa Obstetrician Yang patah riuk itu bisa dirawat Orthopaedic Surgeon Mahu dibedah bawa saja jumpa General Surgeon Kalau itu pun tak tahu kau bisa buat aku hypertension Sakit dada kau jumpa saja Cardiologist Sakit kepala itu bidang Neurologist Sakit puan kamu cari saja Gynaecologist Sakit tuan aku rasa itu harusnya dijaga Urologist Mahu dibius itu kerjanya Anaesthesiologist Kurang waras kau jumpa...

Apa khabar anak-anak kita

Imej
Apa khabar anak-anak kita Sudah bangkitkah dari lena  Atau masih lalai dan terus leka Dibuai dongeng sang penglipur lara Kononnya merasa diri masih tuan Hakikatnya sudah jauh ketinggalan  Bermimpi mahu menggapai awan Sedang baring sambil berangan  Merasa diri sudah di bulan  Apa khabar anak-anak kita kini Terkinja-kinja di pentas fantasi  Sangkaan mereka itulah hidup realiti Menyanyi menari hingga lupa diri Gila mengejar glamor dan populariti  Mahu bergelar artis dan selebriti Bakat seni diasah tiada merasa rugi Anak menang beradu menyayi  Ibubapa bersyukur tak terperi Mengalahkan anak masuk universiti Buta jawi dan mengaji tiada pula ditangisi Sedari kecil sudah dicuci otaknya Besok bahagia jadi bintang ternama Tak mengenal alif ba ta tidak mengapa Bila sudah berjaya ada nama  Ibubapa bisa tumpang merasa Apa nak jadi anak-anak kita Umur sudah cecah usia dewasa Masih tinggal solat yang l...