Catatan

Di sebalik topeng

Imej
Di sebalik topeng Ada wajah suka Ada wajah duka Ada yang murka Ada yang ketawa Disebalik topeng Manusia bersembunyi  Menyorok hati yang sepi Mencari penawar mengubat hati Agar sembuh luka sendiri Disebalik topeng Aku kumpul kembali semangat Biar hati ini di ikat ketat Genggam erat jadi azimat Tiada lagi dendam kesumat Alhambra 1 March 2017

Puisi Aku

Imej
Aku dan aku Melihat ke dalam diriku  Berperang satu dengan satu Antara Aku dan Aku Berentap melawan nafsu  Bertembung menjadi satu Dihasut syaitan yang menipu Di uji manusia berwatak kan hantu   Senda dunia yang makin celaru Hingga diri menjadi buntu Biar aku kembali Mencari cinta yang suci Menunduk ruku' menyerah diri Bermunajat di malam hari Mencari apa yang di cari Merenung cerminan diri Masih adakah ubat hati Lalu aku bersujud rapat menyentuh bumi Moga tiada lagi riak dihati  Mencari restu Ilahi  Alhambra  8 Februari 2017

Kelentong Si Wali Kota

Imej
Gegak gempita Suara Si Wali Kota Melaung janji di pentas bicara Buat gula-gula pilihanraya Katanya Esok menang kita bina jalanraya  Harga barang semua kita jaga Kota ini akan jadi kota sempurna Tiada lagi yang papa kedana Maka Ketawa terkekeh Pakcik dan makcik Atuk dan nenek tersengeh  Nampak gigi yang tak lagi putih Esok-esok tak perlu lagi menoreh Kini  Lain pula jadi minyak naik lagi Hutang kota berlipat kali Subsidi rakyat di tarik pergi Kocek pakcik mengempis lagi Barang dapur makcik tak mencukupi Baju sekolah anak tak berganti Atuk dan nenek tak di peduli Wali Kota sembunyi diri Melancong berjoli tak sedar diri Apa susah semuanya free Habis wang kelentong lagi Nasib lah kau warga ini kota Asyik di kelentong si wali kota -Alhambra  3 Januari 2017

Kontroversi Tanpa Solusi

Imej
Ada orang gila publisiti Ada orang terasa diri selebriti Ada yang suka buat provokasi Ada yang cuma bikin kontroversi  Ada yang bodoh tapi sombong Ada yang cerdik tapi berbohong Ada ilmuwan dipandang serong Ada agamawan yang makin memesong Dunia oh dunia Aku keliru  Pemimpin tak menentu Umat bercelaru  Imam bercakaran di media baru Pentaksub jadi haru biru Entah apa nak jadi Semua ingin kan publisiti  Bicara hanya yang kontroversi  Makin gila dunia ini Memekik menjerit menuding jari Tapi tiada yang cari solusi -Alhambra 23 Disember 2016

Di bumi ini

Imej
Di bumi sini Kita bertarung sesama sendiri Membiar musuh menguasai Memecah belah negara sendiri  Jadi boneka ditolak ke sana sini Jarum halus mereka memasuki Menguasai minda anak muda kini Biar kita benci membenci Hingga lalai dan lupa diri Dijajah fikiran di bumi pertiwi Sejarah negara bagai tak relevan lagi Minda penjajah dijulang tinggi Islam dipijak dibumi sendiri Di bumi sana Mereka itu saudara kita Walau kulit kita berbeza Tapi bersaksi tuhan yang sama Derita mereka kita terasa Melihat Islam di cerca di hina Disiksa di zalimi sedemikian rupa Pemimpin  'Nobel Prize' katanya Konon menjulang hak sama-rata  Diangkat dijulang pemimpin dunia Cuma hanya buat mengaburi mata Negara jiran diam tak bersuara Melihat tirani bermaharajalela Sedang kita hanya mampu berdoa Mengharap Allah turunkan bala Aduhai malang bumi ku derita Punya khalifah sedemikian rupa Betapa angkuhnya manusia Mahu terus jadi raja dunia Disangka bisa hidup lama Menyiksa membunuh sesama manusia Terlupa di p...

Tangan Tangan Ghaib

Imej
Tangan tangan ghaib Bagai tangan ajaib Memanipulasi boneka Menggerak mengikut cita Pantas pergerakan  Hingga tak kelihatan Tangan tangan ghaib Pandai sembunyi aib Bagai silap mata Di sihir sehingga buta Walau jelas kelihatan  Bisa ditutup penglihatan  Tangan tangan ghaib Cuba beradu nasib Wang berjuta di jumpa Tak tahu dari mana Boneka dijadikan taruhan Yang di atas sembunyi tangan Ohh... Tangan itu milik siapa Bergerak dengan topeng muka Mahu menguasai segala Halal haram tidak di kira Sampai bila mahu berahsia Suatu masa akan terbongkar juga Ke mana mahu lari Tiada tempat kau bisa pergi Bila mana mulut mu terkunci Kulit kulit menjadi saksi Dan tangan tangan ghaib tak bisa bersembunyi  Alhambra  18 October 2016 @ 17 Muharam 1438H

LEPASKAN...

Imej
Adakala... Ingin saja aku berhenti berlari Tidak mahu lagi mendaki Terlalu letih hidup ini Asyik mengejar mimpi  Yang tak pasti Lalu aku mengundur diri Mencari kembali  apa yang di cari Merenung kembali  Apa ada dalam diri Berbicara dengan hati Bertafakur bermuhasabah diri Agar tidak terus bermimpi Lepaskan ... Lepaskan segala keinginan yang sementara Jangan terus tamak haloba Menunggu habuan dan laba Apalah yang diharap pada dunia Sedang kan semuanya fana Lepaskan ... apa yang disayangi Mereka juga akan pergi Tinggalkan kita terus ternanti Dengan janji yang kerap dimungkiri  Atau mungkin kita yang mendahului Pergi menemui Ilahi Dalam masa kita masih bermimpi  Alhambra 15 Oktober 2016/  14 Muharam 1438