Catatan

31 March 2017 ( Thingvellir--> Geysir--> Gullfoss)

Imej
Selepas breakfast,  sempat jalan2 sekitar kawasan dekat2 hotel. Kami akan balik semula ke hotel yang sama pada hari akhir lawatan di Iceland. Tapi mungkin tak sempat jalan2 di sekitar kawasan ini sebab sampai lewat petang. Kami berjalan ke bangunan putih,tak jauh dari hotel kami. Terlalu simple bangunan ini yang di miliki sebelumnya oleh seorang pelukis...Louisa Matthiasdottir.  Rumah ini bersebelahan dengan laut dan bertentangan dengan Mount Esja (pronounce as Mount Esia). Rumah tak berpagar ini melakarkan sejarah di mana pertemuan penting antara Gorbachev & Ronald Reagan pada tahun 1986 yang menamatkan cold war....Lupa pulak perang kat apa dan di mana😄. Ni Pak Chat ler cerita...tak ambil gambar pulak semua cerita. Seperti biasa sempat ler berposing depan rumah tu. Satu yang amat menarik adalah tahap keselamatan di sini...untuk sesebuah bangunan yang di anggap penting & bersejarah tetapi tiada pengawalan atau pagar yang mengelilingi, menunjukkan tempat ini selamat. B...

Misi Mencari Rumah Allah di bumi Iceland (30 March 2017)

Imej
Seusai check in & quick refreshment, kami memulakan perjalanan dalam pukul 7 pm lebih mencari rumah Allah. Tujuan nya adalah untuk menyampaikan beberapa naskah Quran serta buku agama berbahasa Ingeris untuk dihadiahkan kepada umat Islam di Iceland. Sumbangan dari puteri2 SSP. Memang letih tu jangan cakap la berjalan....Tapi semangat kan juga. Ikut kata Fahimi, kalau ikut google map tu dalam 2 km perjalanan saja dari hotel kami. Nasib kami baik...kerana cuaca agak baik. Tahun lepas kata Tun, they had to walk on ice. So this time sejuk, tapi boleh tahan la. Langkah kali ni lebih panjang berbanding dengan lawatan Tun last year. Jalan punya jalan... Tak jumpa2 lagi masjid nya di mana. Jangan cakap la nak cari struktur masjid dgn kubah & mineret segala macam kat Malaysia. Sampai kami tiba di satu restaurant pizza yang nampak macam di jaga oleh Muslim. Lalu kami singgah dan bertanya arah tujuan ke masjid. Nak di jadikan cerita, salah seorang dari mereka adalah seorang khatib yang mem...

Perjalanan ke Reykjvik, Iceland (29-30 March 2017)

Imej
Tak boleh tidur la pulak... kesan jet lag la ni... So saya sambung tulis my travelogue...😉 Perjalanan ke Reykjvik, Iceland (29-30 March 2017) Waktu sekarang ~ hampir pukul 3 pagi waktu ke destinasi & lebih kurang pukul 9 pagi waktu Malaysia. Perjalanan ke Amsterdam dari KL mengambil masa hampir 12 jam dan dah berapa kali aku tidur dan bangun, suasana masih gelap. Perjalanan merentas masa menyebabkan perjalanan ke arah barat sentiasa di kejar arah matahari terbit, jadi sepanjang perjalanan jadi malam. Begitulah kekuasaan Allah SWT. Entah kenapa terasa nak menulis pulak, mungkin sebab dah bosan dan sakit pinggang lama sangat duduk dalam flight ni.  Tapi macam selalu semangat aku ni, kadang-kadang lebih pada hangat-hangat taik ayam. Bila mood datang macam-macam nak tulis, bila mood hilang ...hampehh. Bila tunggu nak tulis bila dah sampai Malaysia, lagi la jangan harap. Teavelogue ke Turkey dulu pun tak habis. Destinasi aku kali ni ke Reykjavik, Iceland, singgah transit sebentar d...

Di sebalik topeng

Imej
Di sebalik topeng Ada wajah suka Ada wajah duka Ada yang murka Ada yang ketawa Disebalik topeng Manusia bersembunyi  Menyorok hati yang sepi Mencari penawar mengubat hati Agar sembuh luka sendiri Disebalik topeng Aku kumpul kembali semangat Biar hati ini di ikat ketat Genggam erat jadi azimat Tiada lagi dendam kesumat Alhambra 1 March 2017

Puisi Aku

Imej
Aku dan aku Melihat ke dalam diriku  Berperang satu dengan satu Antara Aku dan Aku Berentap melawan nafsu  Bertembung menjadi satu Dihasut syaitan yang menipu Di uji manusia berwatak kan hantu   Senda dunia yang makin celaru Hingga diri menjadi buntu Biar aku kembali Mencari cinta yang suci Menunduk ruku' menyerah diri Bermunajat di malam hari Mencari apa yang di cari Merenung cerminan diri Masih adakah ubat hati Lalu aku bersujud rapat menyentuh bumi Moga tiada lagi riak dihati  Mencari restu Ilahi  Alhambra  8 Februari 2017

Kelentong Si Wali Kota

Imej
Gegak gempita Suara Si Wali Kota Melaung janji di pentas bicara Buat gula-gula pilihanraya Katanya Esok menang kita bina jalanraya  Harga barang semua kita jaga Kota ini akan jadi kota sempurna Tiada lagi yang papa kedana Maka Ketawa terkekeh Pakcik dan makcik Atuk dan nenek tersengeh  Nampak gigi yang tak lagi putih Esok-esok tak perlu lagi menoreh Kini  Lain pula jadi minyak naik lagi Hutang kota berlipat kali Subsidi rakyat di tarik pergi Kocek pakcik mengempis lagi Barang dapur makcik tak mencukupi Baju sekolah anak tak berganti Atuk dan nenek tak di peduli Wali Kota sembunyi diri Melancong berjoli tak sedar diri Apa susah semuanya free Habis wang kelentong lagi Nasib lah kau warga ini kota Asyik di kelentong si wali kota -Alhambra  3 Januari 2017

Kontroversi Tanpa Solusi

Imej
Ada orang gila publisiti Ada orang terasa diri selebriti Ada yang suka buat provokasi Ada yang cuma bikin kontroversi  Ada yang bodoh tapi sombong Ada yang cerdik tapi berbohong Ada ilmuwan dipandang serong Ada agamawan yang makin memesong Dunia oh dunia Aku keliru  Pemimpin tak menentu Umat bercelaru  Imam bercakaran di media baru Pentaksub jadi haru biru Entah apa nak jadi Semua ingin kan publisiti  Bicara hanya yang kontroversi  Makin gila dunia ini Memekik menjerit menuding jari Tapi tiada yang cari solusi -Alhambra 23 Disember 2016