Tangan Tangan Ghaib
Tangan tangan ghaib Bagai tangan ajaib Memanipulasi boneka Menggerak mengikut cita Pantas pergerakan Hingga tak kelihatan Tangan tangan ghaib Pandai sembunyi aib Bagai silap mata Di sihir sehingga buta Walau jelas kelihatan Bisa ditutup penglihatan Tangan tangan ghaib Cuba beradu nasib Wang berjuta di jumpa Tak tahu dari mana Boneka dijadikan taruhan Yang di atas sembunyi tangan Ohh... Tangan itu milik siapa Bergerak dengan topeng muka Mahu menguasai segala Halal haram tidak di kira Sampai bila mahu berahsia Suatu masa akan terbongkar juga Ke mana mahu lari Tiada tempat kau bisa pergi Bila mana mulut mu terkunci Kulit kulit menjadi saksi Dan tangan tangan ghaib tak bisa bersembunyi Alhambra 18 October 2016 @ 17 Muharam 1438H