Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2015

Wayang Kehidupan ( Popcorn dan Kopi)

Imej
Wayang hidup sudah bermula Popcorn dan secawan kopi telah tersedia Apa lagi mari kita tonton bersama Sandiwara sensasi yang tiada tolok bandingnya Saksikan saja siapa yang kena Lakonan menarik dari watak-watak utama Ditambah pula pelakon tambahan yang pelbagai rupa Ada Pak pacak tolong bersorak sama Tak kurang yang kerja asyik menghentam saja Yang buta tuli dan kayu berlagak juga Mengiyakan saja apa kata si kepala Menambah perisa dengan berdusta Hero jahat memang selalunya hebat Dia lah ketua dan penyamun terhormat Langkah di atur dengan penuh cermat  Agar rahsia tertutup rapat Apakan daya dunia kini penuh maklumat Terhidu juga segala muslihat Bagaikan tupai yang pandai melompat Ke tanah juga ia jatuh mendarat Membuatkan semua orang meluat Hingga tak sabar rasanya menunggu ke garisan penamat Mahu saja ke penjara dia disumbat Malangnya ramai pula badut yang kaki kipas Disamping permaisuri setia berganding pantas Mengorak strategi yang cukup kemas Mungkin harus di bakar agar bukti tidak