Wednesday, January 4, 2017

Kelentong Si Wali Kota




Gegak gempita
Suara Si Wali Kota
Melaung janji di pentas bicara
Buat gula-gula pilihanraya
Katanya
Esok menang kita bina jalanraya 
Harga barang semua kita jaga
Kota ini akan jadi kota sempurna
Tiada lagi yang papa kedana
Maka
Ketawa terkekeh
Pakcik dan makcik
Atuk dan nenek tersengeh 
Nampak gigi yang tak lagi putih
Esok-esok tak perlu lagi menoreh

Kini 
Lain pula jadi
minyak naik lagi
Hutang kota berlipat kali
Subsidi rakyat di tarik pergi
Kocek pakcik mengempis lagi
Barang dapur makcik tak mencukupi
Baju sekolah anak tak berganti
Atuk dan nenek tak di peduli
Wali Kota sembunyi diri
Melancong berjoli tak sedar diri
Apa susah semuanya free
Habis wang kelentong lagi

Nasib lah kau warga ini kota
Asyik di kelentong si wali kota

-Alhambra 
3 Januari 2017