Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2014

Musafir

Imej
Musafir Aku tak perlu tahu kamu ke mana Aku cuma berdoa kamu sentiasa selamat walau dimana Aku tak perlu tahu kamu dengan siapa Aku cuma berharap kamu sentiasa dijaga olehNya Aku tak perlu tahu  apa tujuannya Aku cuma mahu langkahmu sentiasa dirahmatiNya Pergilah Bermusafirlah Ke pelusuk mana yang kau bisa Mengembaralah Jika itu yang buat kau puas Lihatlah alam yang terbentang luas Laut yang tidak terbatas Kerana dalam setiap perjalanan  Ada pengajarannya Biar alam jadi guru mu Biar kicauan burung  mengingatkan alunan zikir pada Pencipta Biar angin pantai dan deruan ombak menenangkan mu Biar ragam manusia bisa membuatkan kamu tambah bersyukur Agar lambaian pepohonan  mengingatkan ada yang menunggu kepulangan mu Asal bila kau pulang Kau pulang dengan lebih matang Asal bila kau pulang Kau pulang dengan pengalaman Asal bila kau pulang Akan bertambah keimanan -Alhambra  25/3/2014

Diam

Imej
Diam  Diam itu... Bukan erti nya bisu Bukan juga rasa malu Bukan juga tanda setuju Cuma tidak ingin bicara melulu Atau yang tidak menentu Kadang diam itu tanda protes Tunjuk tanda tidak puas hati Bicara tanpa suara Melawan tanpa kata Diam itu... Tanda berhati-hati Mungkin menyembunyikan kejahilan diri Lambang kedalaman fikiran Jauh pandangan Diam kerana berfikir tentang persoalan Mengumpul kekuatan dalam kelemahan Mencari jawapan dalam keterpaksaan Merungkai kekusutan Bijaksana dalam mencari penyelesaian Diam itu... Kadang-kadang sepi Termanggu sendirian Mencari kedamaian  dalam keterasingan Mencari penawar jiwa yang lara Mengubati hati yang luka Penyembuh segala duka Diam itu... Adalah satu keindahan Hanya bagi mereka yang merasakannya... -Alhambra 18/3/2014 Kota Damansara

Teori Bertingkat-tingkat

Imej
Teman... Apa gunanya berbeda pendapat  Cerita mu mungkin tak mendapat tempat Bukannya aku tak berminat Cuma otakku sedang berselirat Pening kepala ku dengan pelbagai muslihat Teori konspirasi mengelirukan rakyat Aku bukan pemimpin  Aku hanya rakyat Aku melihat dari jauh Bukan dari dekat Gelagat dan lakonan manusia Tak bisa ku baca Tak juga suka meneka cerita Biar lah pak menteri, DCA dan pak polisi yang buat kerja Panggil lah Interpol, FBI, CIA atau CSI untuk menyelesaikan nya Kerna aku tak upaya  berbuat apa  Selain berdoa Teman... Ini soal kedaulatan negara  Sudah jadi bualan seantero dunia Buat penat engkau meneka Teori mu hanya menambahkan cerita Dari teori-teori yang sedia ada Semuanya hanya berpandu akal semata Biar lah berserah padaNya Kerana jalan ceritanya sudah ada Tunggu lah saja skrip pengakhirannya Senyum lah teman..... Boleh saja cipta cerita  Cerita pengakhiran suka atau duka Bomoh pun boleh buat oran

Senyumlah

Imej
Senyumlah... Dikala suka Dikala duka Senyum ikhlas bila gembira Menumpang senyum bila yang lain gembira Senyum bila menutup cerita Senyum jua bila derita Walau perit didalam jiwa Senyumlah... Mungkin senyummu membawa bahagia Pengubat bagi yang derita Menghibur buat yang lara Tenang untuk hati yang gundah gulana Kerana senyum itu penawar bagi yang sengsara Dan sedekah pada yang sudi menerima Senyumlah... Bila kau masih bernafas lagi Masih hidup   Masih diberi rezeki Darinya kau bisa memberi Dapat juga berbudi Juga menambah jasa bakti Kembalikan senyum didalam hati Senyumlah... Kalau itu saja yang kau punya Mungkin kau tak punya harta Tapi senyummu amat berharga Buat mengumpul pahala Kerana senyummu... Adalah anugerah tak terhingga dari Yang Maha Kuasa -Alhambra 14/3/2014 Add caption

Usah Menangis Wahai Mata

Imej
Usah menangis wahai mata Bila kelak ... kau buka mata mu Dia sudah tiada disisi Bermimpi lah sementara kau bisa bermimpi Pejam rapat mata mu Pekakkan telingamu Alunkan irama yang hanya kau yang tahu Mungkin cinta sejati mu ada di situ Bermimpi lah wahai mata Seolah kau jadi pengarah nya Seolah kau tahu kesudahan jalan cerita Bahagia atau sebaliknya Kau yang mereka cerita Tapi ingat wahai mata Cinta mu itu akan pergi jua Disaat kau terjaga dari lena Jalan cerita terlalu berbeza Alam mimpi dan yang nyata Jangan bersedih wahai mata Usah kau menangis Kerana air mata mu amat berharga Sedarlah wahai mata Bukan kau yang mereka cerita Tapi yakinlah pada Pencipta Penulis dan Pengarah cerita Kerana cerita yang telah ditulis Adalah sebaik-baik jalan cerita Agar kau mata  bisa kembali ceria -Alhambra 13/3/2014

Bila Bumi Merajuk

Imej
Merajukkah kau bumi... Bila manusia bertindak sesuka hati Mata air mu berhenti menangis Lalu sungai mu tak lagi mahu mengalir Tanah kegersangan Kau umpama membakar diri Langit tak sebiru dulu Awan diselaputi jerebu Hujan tak juga mahu turun Pokok-pokok kekuningan layu tak bermaya Ikan di kali mati kehausan Merajukkah kau bumi... Bila manusia makin tak sedarkan diri Angkuh menongkah langit Tak sedar tujuan diturunkan ke bumi Kezaliman bermaharaja lela Peperangan di sana-sini Pemerintah keliru Rakyat bercelaru Yang bodoh dimartabatkan Yang benar disenyapkan Merajukkah kau bumi... Bila tahyul bermaharaja lela Kurafat menjadi kebiasaan Maha Pencipta di persenda Bertuhankan pada kebendaan Meminta pada yang tak memberi Sedang kau bumi... Bertasbih pada Ilahi tak henti Takut yang amat pada Yang Kuasa Sedarlah wahai manusia... Bumi merajuk kerana kamu Bumi protes kerana salah lakumu Bumi menangis kerana khalifah yang tiada amanah Kembalilah wahai manusia.