Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

Kontroversi Tanpa Solusi

Imej
Ada orang gila publisiti Ada orang terasa diri selebriti Ada yang suka buat provokasi Ada yang cuma bikin kontroversi  Ada yang bodoh tapi sombong Ada yang cerdik tapi berbohong Ada ilmuwan dipandang serong Ada agamawan yang makin memesong Dunia oh dunia Aku keliru  Pemimpin tak menentu Umat bercelaru  Imam bercakaran di media baru Pentaksub jadi haru biru Entah apa nak jadi Semua ingin kan publisiti  Bicara hanya yang kontroversi  Makin gila dunia ini Memekik menjerit menuding jari Tapi tiada yang cari solusi -Alhambra 23 Disember 2016

Di bumi ini

Imej
Di bumi sini Kita bertarung sesama sendiri Membiar musuh menguasai Memecah belah negara sendiri  Jadi boneka ditolak ke sana sini Jarum halus mereka memasuki Menguasai minda anak muda kini Biar kita benci membenci Hingga lalai dan lupa diri Dijajah fikiran di bumi pertiwi Sejarah negara bagai tak relevan lagi Minda penjajah dijulang tinggi Islam dipijak dibumi sendiri Di bumi sana Mereka itu saudara kita Walau kulit kita berbeza Tapi bersaksi tuhan yang sama Derita mereka kita terasa Melihat Islam di cerca di hina Disiksa di zalimi sedemikian rupa Pemimpin  'Nobel Prize' katanya Konon menjulang hak sama-rata  Diangkat dijulang pemimpin dunia Cuma hanya buat mengaburi mata Negara jiran diam tak bersuara Melihat tirani bermaharajalela Sedang kita hanya mampu berdoa Mengharap Allah turunkan bala Aduhai malang bumi ku derita Punya khalifah sedemikian rupa Betapa angkuhnya manusia Mahu terus jadi raja dunia Disangka bisa hidup lama Menyiksa membunuh sesama manusia Terlupa di perut b

Tangan Tangan Ghaib

Imej
Tangan tangan ghaib Bagai tangan ajaib Memanipulasi boneka Menggerak mengikut cita Pantas pergerakan  Hingga tak kelihatan Tangan tangan ghaib Pandai sembunyi aib Bagai silap mata Di sihir sehingga buta Walau jelas kelihatan  Bisa ditutup penglihatan  Tangan tangan ghaib Cuba beradu nasib Wang berjuta di jumpa Tak tahu dari mana Boneka dijadikan taruhan Yang di atas sembunyi tangan Ohh... Tangan itu milik siapa Bergerak dengan topeng muka Mahu menguasai segala Halal haram tidak di kira Sampai bila mahu berahsia Suatu masa akan terbongkar juga Ke mana mahu lari Tiada tempat kau bisa pergi Bila mana mulut mu terkunci Kulit kulit menjadi saksi Dan tangan tangan ghaib tak bisa bersembunyi  Alhambra  18 October 2016 @ 17 Muharam 1438H

LEPASKAN...

Imej
Adakala... Ingin saja aku berhenti berlari Tidak mahu lagi mendaki Terlalu letih hidup ini Asyik mengejar mimpi  Yang tak pasti Lalu aku mengundur diri Mencari kembali  apa yang di cari Merenung kembali  Apa ada dalam diri Berbicara dengan hati Bertafakur bermuhasabah diri Agar tidak terus bermimpi Lepaskan ... Lepaskan segala keinginan yang sementara Jangan terus tamak haloba Menunggu habuan dan laba Apalah yang diharap pada dunia Sedang kan semuanya fana Lepaskan ... apa yang disayangi Mereka juga akan pergi Tinggalkan kita terus ternanti Dengan janji yang kerap dimungkiri  Atau mungkin kita yang mendahului Pergi menemui Ilahi Dalam masa kita masih bermimpi  Alhambra 15 Oktober 2016/  14 Muharam 1438

Perjalanan

Imej
Aku menulis Dari satu sudut kedai makan Sambil menghirup teh tarik  Bersama nikmat ayam panggang Berlatar kan lagu lagu Indon  Alhamdulillah  Masih ada rezeki untuk aku lagi hari ini Aku menulis Dari atas lebuhraya  Perjalanan menuju ke Utara Dengan kelajuan 20km/ jam Di pemanduan lorong paling kanan Kenderaan berat yang bagai semut Memanjat bukit melambatkan perjalanan Tak kurang Pemandu setan memecut di lorong kecemasan Menambah sakit nya di hati Sudah lah tol nya tiada yang kurang Ahhh... Perjalanan ku masih jauh Aku menulis  Dari hentian rehat dan rawat Tatkala hari semakin menghampiri senja  Mengunyah pau daging dan sweet corn Untuk melapik perut buat seketika  Juga berbekal kan jambu madu bersama Sambil meregang kaki dan mengurut pinggang yang semakin lenguh Perjalanan perlu di teruskan jua  Dengan semangat menyambut Qurban  Derita ini cuma sementara Doa kan perjalanan ku sampai ke destinasi nya Alhambra 10 Se

Korupsi atau Kurapsi

Imej
Kau kata aku korup Aku kata kau lagi korup Korup ku tahap nasional  Korup mu peringkat internasional  Korup ku kecil kecilan  Korup mu besar besaran Siapa lagi korup Siapa lagi hebat  Oh, Rupanya kita serupa Sama-sama korup  Cuma korup mu hebatnya Luar biasa Umpama kurap Cuba dilindung  Tapi tak terbendung Cuba ditutup Tapi tak terkatup Sekali terselak Semua ternampak Jadi bualan di sana sini Badan mu penuh kurap Ada yang menambah Ada juga kudis buta Beserta pekung di dada  Terhidu Tengik berbau  Ahhhh...  Dunia dunia Itu korup atau kurap Kedua dua nya macam serupa  Alhambra 24 Julai 2016

Sendiri

Imej
Sendiri Menyendiri Sunyi Sepi Menyepi Asing Terasing Biarlah Biarkan aku Dengan dunia ku Kamu Dengan dunia mu Biar tiada rindu Biar tak bertemu  Biarkan Aku bukan pungguk Yang merindu bulan Alhambra 17 May 2016

Cukai Ku Untuk Siapa

Imej
Cukai oh cukai Dia datang lagi  Menghantui  Setiap ruang hati Aduhhh.... Sakit tuh disini Kantung ku dirobek lagi Lagi dan lagi Mana mahu lari Tapi aku bukan sang pencuri Yang harus melarikan diri Cuma aku hairan ya Kemana agaknya Wang negara Tabungan nya disuruh isi sahaja  Kalau tidak aku di denda Tapi asyik tak cukup saja Bagai ada yang bocor di mana-mana Lalu wang aku di mana ya Mungkin ditangan pencuri kelas pertama Atau mungkin aku harus pasrah menerima berbangga kerana telah berjaya Menderma untuk negara Atau... Untuk siapa ya😉 -Alhambra 6 April 2016

Diambang 2016

Imej
Diambang tahun baru Duduk sendirian termanggu Mengenangkan angan yang lalu Dihitung satu persatu Tak kesampaian Satu satu ditiup bayu Sudah muak bermimpi Azam lalu bertimbun tak dipenuhi Serik rasanya nak berazam lagi Biarkan semua itu pergi Campakkan saja jauh ke tepi Biarkan ia hilang tak usah dicari Ahhh... Tak perlu lah bermimpi atau berilusi Azam lama pun tak usah di ulangi Berdoa saja lah pada Ilahi Dia saja yang Maha Mengetahui Mohon yang baik-baik saja di beri Moga tahun yang mendatang bertambah rezeki Dibuka pintu hati Dipermudahkan apa yang dicari Agar 2016 bertambah seri -Alhambra 31 Disember 2015