Catatan

Tunjukkan catatan dari 2018

Khadam

Imej
Ya tuan Kami sokong tuan Betul tu tuan Kami ikut tuan Diam... Ya tuan Kami diam Cakap... Ya tuan kami turut perintah Tak perlu Di tutup mulut kami Kerana kami bisu Tak perlu Di tutup rapat mata kami Kerana kami buta Tak perlu Di ikat kuat tangan kami Kerana kami sudah lesu Jangan risau Kerana Kami tak berani melawan Jangan risau Kerana Kami masih berangan Jangan risau Kerana Kami hanya lah khadam yang menunggu habuan Kami hanya lah khadam yang tiada pegangan Al Hambra Berkarya dari atas pelantar larian 😬 12 Nov 2018
Begini atau begitu Aku kata begini Engkau kata begitu Aku bilang begini bikinnya Engkau bilang begitu caranya Kata ku cara kamu itu salah Kata mu aku harus mengalah Aku kata hidup ini perlu dipandu Ada hadnya perlu ada hala tuju Bukan mengikut nafsu melulu Al-Quran dan sunnah jadi pemandu Boleh saja bersuara tapi bahasanya harus dijaga Bisa saja berlembut tapi bukan sampai dihinggut Ada kalanya perlu bertegas namun tindakan harus waras Tiap perbuatan tentu ada batas Bukan hanya memelihara adat Biar segalanya menjadi ibadat Kata mereka cara barat harus di sanjung Hak asasi manusia perlu dijunjung Semua agama sama dan bisa bergabung Tiada beda tiada apa perlu dibendung Hidup cukup pakai logik akal fikiran Cara Nabi sudah ketinggalan Ini zaman liberal menjadi ikutan Tidak ikut kita kan dipinggirkan Semuanya bisa saja bersuara Kerana kita punya hak sama rata Tiada beza lelaki atau perempuan Semuanya boleh saja asal itu adalah pilihan Kata mereka caraku
Dunia TERBALIK Yang hitam sudah jadi putih Yang keruh sudah jadi jernih Yang betina sudah jadi jantan Yang jantan sudah jadi pondan Yang pandai lidah mula bercabang Yang jahil pula diangkat dijulang Yang berilmu diam tak berkata Yang bijak disingkir dihina Ayat2 Allah kau tafsir sendiri Sunah Nabi tak mau kau ikuti Alim ulama pula kau keji Mazhab liberal juga yang kau anuti Aduh...kebobrokan apakah ini Dunia sudah terbalik Makin hari semakin pelik Di mata manusia kau mungkin nampak cerdik Di mata malaikat kau makin jelik Ingat lah... Dunia ini ada PEMILIK Jangan sampai bumi ini di TERBALIK Alhambra 13/8/2018
19/09/2017- Sonamarg ke Srinagar Kata orang kalau kita ingin mengenali seseorang ...mengembaralah dengan beliau. Pengembaraan yang melalui susah senang selalunya menunjukkan sifat sebenar seseorang. Adakalanya menguji kesabaran. Begitu lah kita manusia ini tidak pernah sempurna dan sering melakukan kesilapan...Intro dulu😉. Terjaga-jaga juga aku tidur di tempat baru. Bukan tak boleh tidur tapi rasa macam terjaga bila ada electricity interupted. Kemudian sambung tidur semula. Subuh di sini dalam pukul 4.50am. Siang agak awal disini, begitu juga senja. Sambil masih mengeliat malas memikirkan nak mandi sejuk-sejuk begini. Air di shower dah panas sikit...Lepas mandi, prepare barang-barang balik dalam beg. Katanya pukul 8 pagi kami akan mula bertolak. Baju dah iron dengan iron kecik aku (donated by K. Ida dulu). Dia kata aku obsessive, travel sibuk bawak iron. Dia tak tengok anak sedara aku...lagi obsessive dari aku...😂😂😂. At least sekarang baju2 yang agak mcm T-shirt aku dah ku

Politikus Picisan

Imej
Jika kau orang aku Semua aku sokong Apa kau kata semuanya  Betul Betul Betul Tiada satu pun yang salah Jika kau seteru aku Semua aku bantah Katamu semuanya Salah Salah Salah Tiada satu pun yang betul Kalau dulu kita kawan  Kini kita lawan Kalau dulu kita lawan Kini boleh pula kita kawan Kalau dulu bertepuk tampar Kini bicaranya cabar mencabar Kalau dulu musuh paling berdosa Kini dialah makhluk paling mulia Dunia... Penuh dengan sandiwara Sanggup saja jadi boneka Asal terus bisa kekal berkuasa Tak kisah lah berkata dusta Yang pasti ada yang percaya Bagai Dajjal dia bermaharajalela  Siapa dia... Dia politikus picisan -Alhambra 6 Januari 2018