Friday, October 21, 2016

Tangan Tangan Ghaib



Tangan tangan ghaib
Bagai tangan ajaib
Memanipulasi boneka
Menggerak mengikut cita
Pantas pergerakan 
Hingga tak kelihatan

Tangan tangan ghaib
Pandai sembunyi aib
Bagai silap mata
Di sihir sehingga buta
Walau jelas kelihatan 
Bisa ditutup penglihatan 

Tangan tangan ghaib
Cuba beradu nasib
Wang berjuta di jumpa
Tak tahu dari mana
Boneka dijadikan taruhan
Yang di atas sembunyi tangan

Ohh...
Tangan itu milik siapa
Bergerak dengan topeng muka
Mahu menguasai segala
Halal haram tidak di kira
Sampai bila mahu berahsia
Suatu masa akan terbongkar juga
Ke mana mahu lari
Tiada tempat kau bisa pergi
Bila mana mulut mu terkunci
Kulit kulit menjadi saksi
Dan tangan tangan ghaib tak bisa bersembunyi 

Alhambra 
18 October 2016
@ 17 Muharam 1438H


Thursday, October 20, 2016

LEPASKAN...




Adakala...
Ingin saja aku berhenti berlari
Tidak mahu lagi mendaki
Terlalu letih hidup ini
Asyik mengejar mimpi 
Yang tak pasti
Lalu aku mengundur diri
Mencari kembali 
apa yang di cari
Merenung kembali 
Apa ada dalam diri
Berbicara dengan hati
Bertafakur bermuhasabah diri
Agar tidak terus bermimpi

Lepaskan ...
Lepaskan segala
keinginan yang sementara
Jangan terus tamak haloba
Menunggu habuan dan laba
Apalah yang diharap pada dunia
Sedang kan semuanya fana
Lepaskan ...
apa yang disayangi
Mereka juga akan pergi
Tinggalkan kita terus ternanti
Dengan janji yang kerap dimungkiri 
Atau mungkin kita yang mendahului
Pergi menemui Ilahi
Dalam masa kita masih bermimpi 

Alhambra
15 Oktober 2016/ 
14 Muharam 1438