Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2014

Mencari Al Qadar

Imej
Di sepuluh malam terakhir ini Ku tinggalkan kau sendiri Agar kau bisa damai kini Semarakkan ibadah dimalam sunyi Ruku' dan sujud bermunajatlah menghadap Ilahi Semoga bertemu kekasih yang dicari Al Qadar malam yang tiada ganti Semoga kau temui hakikat diri sejati Dalam tasbih, tahmid, dan takbir  memuji kebesaran Rabbi Dikala insan lain lena di ulit mimpi Jiwamu tenggelam dalam limpahan nur suci Dalam takut dan harap pada janji Sejahteralah hingga terbitnya fajar di pagi hari -Cetusan Rasa AlHambra 22 Ramadhan 1435

Nakhoda

Imej
Hidup ini umpama satu pelayaran   yang belayar di laut lepas Lantas jadi lah kau nakhoda yang tuntas Yang layak bukan pada rupa paras Tapi kerana wasasan dan berjiwa tegas Tidak takut pada ombak, badai dan samudera yang mengganas Semua nya bisa di bidas Siap siaga mengangkat sauh  dan melabuhkan layar dengan pantas Teruskan lah pelayaran mu Wahai nakhoda Kemudilah bahtera mu  dengan penuh megah dan gagah Bukan bagai pengecut yang mudah mengalah  Biar badai melanda tetap kau tak menyerah Ribut taufan tidak kau kisah Kerana kau punya tempat untuk berserah Ingat lah wahai nakhoda Kau tempat anak-anak kapal bergantung  harapan Dengan mu mereka  bina impian Jangan kau terpesong dari haluan Lalu sesat di tengah lautan Biar kompas hidup jadi panduan Agar selamat tiba disempadan Bila kau tiada upaya Kembali lah  kepadaNya Dalam deruan ombak yang menggila  atau taufan yang melanda Bersujudlah kepada Nya Mohon di teguhkan keimama