Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2014

Roller Coaster

Imej
Hidup ini  Umpama roller coaster Ada naik turunnya Kadang diatas Kadang pula di bawah Bila memecut laju ke atas Terasa terlalu sempit dada ini Hingga tak bisa bernafas sempurna Terasa mahu saja turun semula  Ada juga suara-suara yang berkata Kamu tak bisa menamatkannya Lantas perlukah aku mengalah Dan tunduk pada suara-suara sumbang mereka Tidak Tidak sama sekali  Kerana untuk ke puncak  perlu ada nya pengorbanan dan jati diri Lega rasanya bila di puncak  bagai semuanya terlalu indah Lupa seketika pada keperitan yang dilalui Penat lelah memecut ke atas tidak terasa lagi Apa yang ada di fikiran  Hanya ingin mengecapi keindahan walau sekelumit Terlalu sempurna dunia ini Segala yang di bawah kelihatan terlalu kecil Begitu juga dengan masalah ini Semuanya tidak signifikan lagi Terasa ringan bahu ini Tiada lagi beban yang ditanggung Tapi ada kala  kegembiraan itu tidak lama Kita kembali menjunam ke bawah Sekali lagi

The weakest home- by Bro Kamal Saleh

Imej
ۖ وَإِنَّ أَوْهَنَ الْبُيُوتِ لَبَيْتُ الْعَنكَبُوتِ ۖ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ "The weakest of homes is the home of the spider if only they knew." And it's not just because of the web but also for what happens inside it too, The most fragile of homes home to the most ferocious of family feuds A husband and wife relationship that is solely based on being used... for consummation, see as soon as they finish mating the wife would then consume the body of her own husband It's disgusting, And so can the children be too See as soon as they mature they would chew upon their own mother as a source of food. It's sinister it's crude I don't want to imagine it But it's true And such are the examples that are used Not because God can be cruel But for God to prove that the weakest of homes are those in which the inhabitants are abused See marriage is meant to bring happiness and the home is a refuge of tranquility and comfort to all th

Doktor Mee Segera

Imej
Aku tersenyum melihat gelagat manusia    Ramai yang ingin jadi doktor segera Pantas ku panggil doktor atau dukun Atau mungkin bomoh nusantara  Biar kamu saja yang menilaikannya Ironinya ramai pula yang terpedaya Dengan segala macam cara dan muslihat Pelbagai keajaiban dan azimat Ubat ini ada mukjizat Segala sakit dapat diubat Kata saja apa mahu mu Ini ubat SEMUA dalam SATU Makan sebiji semuanya sembuh Sakit sendi, sakit belakang, gout Kencing manis, darah tinggi, kolestrol tinggi Itu semua terlalu mudah Ambil penawar ini semua hilang Apa kamu lumpuh... Tiada masalah ubat ini amat mujarab Kanser pun boleh diubat Jika ada masalah terlihat Itu cuma membuang racun supaya badan afiat Dulu cerita tentang gelang magnet  Bagai ada tarikan ajaib Kemudian ubat sapu-sapu, gosok-gosok dan juga koyok azimat Boleh hilang segala sakit dan lelah Toxin pun boleh ditarik keluar Datang pula tilam ajaib Katanya tilam jemuran cahaya dhuha Disuntik pula dengan garam laut

Mencari Kebahagiaan Abadi

Imej
Mereka bertanya Apakah aku bahagia Aku tunduk Berfikir sejenak... Bahagiakah aku Jika ada harta berjuta  Rumah bak istana Kereta berjenama Mungkinkah aku bahagia Bila ada pangkat dan nama Atau pada keturunan yang besar dan megah Bahagia kah bila punya wajah yang jelita Susuk badan yang boleh diperaga Nama dijulang di merata-rata Aku bertanya Itukah definisi bahagia Apakah itu resam dunia Mengukur bahagia hanya pada pandangan manusia Harta benda, pangkat dan nama jadi ukuran semata  Tidak mampu kah aku untuk bahagia Jika aku tidak punya semua Tergugat kah aku dengan permintaan dunia Perlu tunduk kah aku dengan definisi manusia Bukan kah bahagia itu  Ada di dalam hati Pada yang mencari kebahagiaan abadi Ia ada di sini Dekat dalam diri Bila insan bersendiri Dan memohon ketenangan dan kebahagian dari Ilahi Bukan kah definisi bahagia itu Bila kita dekat dengan Nya Mendapat restu dari Nya Berzikir menyebut Asma Ny