Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2014

Igauan Semalam

Imej
Mengapa masih mahu bermimpi  Bila matahari sudah meninggi Mengapa masih merindu Bila hari sudah lama berlalu Mengapa masih menanti  Bila yang ditunggu sudah lama menyepi Bangkit lah dari tidurmu Campak jauh selimut angan-angan mu Gerak kan kembali semua anggotamu yang lesu Jangan di biarkan  ia lama dalam kemalasan Atau masih bingung mencari alasan Ayuh rungkaikan rantai yang membelenggu  Moga kau bisa bebas seperti dulu Usah kau pedulikan bayang-bayang yang mengekori mu Kerana dia akan sentiasa ada di situ Aturkan strategi baru Teruskan langkahmu Kerana kejayaan tidak datang hanya dengan berpeluk tubuh Tapi dari usaha dan mengalir nya peluh Jangan sekali lupa untuk berdoa Ruku',  sujud dan qiam meminta hidayah hanya pada Dia Mengimbangi cita dunia dan akhirat Agar hidup sentiasa mendapat berkat Biar mimpi mu kelak jadi realiti Biar rindu mu hanya untuk Ilahi Biar penantian mu itu ada pertemuan yang pasti -Al Hambra 15

Bila dunia bertakhta di hati

Imej
Kajang Pak Malau kajang berlipat Kajang hamba mengkuang layu Langkah Kajang penuh muslihat Cuba menyihir mereka yang keliru Sudah lama mengidam takhta Namun kerusi tak kunjung tiba Konon kepala negeri kini hilang integriti nya Direkayasa cerita lalu dicanang seantero negara Bila tak tertunai hajat yang diidam Diheret pula sang setia adinda permaisuri Dayuskah sudah semua wahai kaum Adam Hingga tiada yang boleh diharapkan lagi Ibarat beraja dimata bersultan dihati Matlamat sudah menghalalkan cara Mengaib rakan pekung dibuka kesumat tak terperi Petanda kejatuhan kuasa akan bermula Demikian hikayat sang pemimpin yang gila kuasa Seluruh keluarga diatur menjadi buah bidaknya Langkah sumbang tak mampu bertahan lama Kerana muslihat liciknya sudah diduga Hanya menunggu masa dan ketika Kerna jerat takkan pernah melupakan mangsa. -Cetusan Rasa AlHambra 8/8/2014