18/09/2017- Tragedi di Airport New Delhi
Pukul 4.30am kami sudah sedia berkumpul kembali di lobby hotel menunggu bas yang akan membawa kami ke airport. Baru sempat ambil password WiFi dari hotel counter sementara menunggu bas untuk update apa-apa yang patut. Selepas ini agak susah juga untuk kami mendapat WiFi connection. Mungkin interupted internet connection bila di Kashmir nanti. Dalam pukul 4.45am kami sudah memulakan perjalanan ke airport. Jalan agak lancar pagi-pagi begini. Di sepanjang perjalanan kelihatan gelandangan2 yang tidur secara nyenyaknya di atas pembahagi jalan. Satu pemandangan yang biasa agaknya di sini. Di mana-mana mereka tidur hanya dengan berlantaikan tanah dan berbumbung kan langit. Kami tiba di airport boleh di katakan awal...penerbangan kami ke Srinagar sepatutnya pada pukul 7.15am dan masa boarding ~6.30am. Jadi sepatutnya kami mempunyai masa yang cukup terutama jika di ambil kira ini adalah penerbangan domestik. Pada awal nya kami beratur untuk check in masing-masing, tetapi...