Sunday, September 10, 2017

1 April 2017- Misi Mengejar Aurora



Kami tiba di Fosshotel boleh di kata kan masih awal lagi. Kalau di lihatkan pada 'hotel' ini ianya lebih pada macam kontena. Tempat nya pula agak terpencil. Hotel yang kecil dibina khusus untuk mereka yang mengembara untuk tujuan mencari aurora borealis rasa nya. Tiada laluan cantik, dari bas ke hotel, kecuali tanah berbatu. So kena angkat beg dengan berhati-hati, takut tayar tercabut. Walau bagaimana pun bilik dia ok la. Aku pun tak expect hotel mahal2. Anyway, most of the time kami tak duduk dalam bilik pun, kecuali nak tidur. Cuma satu jer yang tak berapa puas hati...WiFi dia memang kaput...slow giler tahap gaban...πŸ˜–Agak nya ramai sangat yang serang nak upload gambar. Upload hari ni...esok baru publish kat FB. Punya la slow...πŸ˜„. Memang dia suruh keluar bersosial dan jangan duduk dalam bilik saja. Satu lagi room di sini tak ada phone. Nasib baik walaupun internet lembab, wassapp masih ok lagi la. Jadi kami masih dapat berhubung dan update aktiviti antara sesama kami.

Kami masih ada banyak masa untuk makan, mandi dan buat apa-apa yang patut sementara menunggu maghrib. Masuk maghrib di sini dalam pukul 8.02pm. Noresh dok kelebek camera dia...perbetul setting camera untuk persediaan malam nanti. Aku biarkan dia dengan dunia dia...😜. Kami disuruh untuk berkumpul di lobby pada pukul 8.30pm. Sempatlah jama' maghrib-isya' dulu. Tapi sebab dah ada pengalaman semalam kan...so kira rileks jer la. Tahu bukan nya nak nampak apa pun jam-jam macam ni. Tapi dah jenis yang memang berdisiplin kan...aku dengan Noresh, keluar jugak on timeπŸ˜„. Macam biasa bukan ada orang sangat lagi pun jam ni. Katanya memang hari ni aktiviti aurora tinggi, dan kami positif akan dapat melihat aurora malam ni. Cuma nak tunggu masa bila aurora akan keluar sahaja.

Kami pergi juga menjengok2 di luar, pandang ke langit...macam tak ada apa-apa lagi pun. Nampak la macam asap laluan jet tu ada la. Walau macam mana pun terlalu awal untuk kami meneka dalam kesamaran. Langit pun belum betul-betul gelap. Ada juga rakan-rakan pelancong lain yang turut keluar macam kami juga. Selepas beberapa ketika di luar, aku masuk kembali ke ruangan lobby. Aku membuat keputusan untuk duduk dalam bilik dulu sementara menunggu aurora ....melelapkan mata buat seketika. Nanti kalau mereka dah nampak kelibat aurora...aku keluar balik la. Yang lain pun lebih kurang juga la. Tunggu wassapp message πŸ˜†. Duduk luar tu saja-saja memang tak ada kerja la sejuk-sejuk ni.

Dalam jam 9.40 pm aku terima message, Betty suruh tunggu di lobby pukul 9.50pm. Dan message dari Tun mengatakan faint aurora telah kelihatan. Yeayy...excited terus pergi keluar. Di luar Betty sudah ada di situ. Tapi masing-masing masih berkeliaran keluar masuk di pintu lobby. Kami di kenakan pakai tag di pergelangan tangan yang memberikan pantulan cahaya, supaya mudah dikenal pasti dalam kegelapan malam ni. Bila di luar, masih tak berapa jelas lagi aurora. Cuma yang nampak macam laluan jet tadi saja yang menurut kata Betty, memang bukan aurora pun.

Sementara itu pihak hotel akan menyajikan hot chocholate semasa menunggu aurora untuk penghuni hotel. Dalam pada kami mundar mandir keluar masuk tanpa sebarang tanda yang menampakkan bayang aurora...K. Sue masuk buka apps cari surah Al Buruj. Bagus kakak aku ni...moga-moga Allah menemukan kami dengan aurora dengan berkat bacaan Quran kakak ku ini. Kami masih diluar menunggu..dan dari kejauhan terlihat bayang-bayang putih kehijauan seolah-olah muncul dan tenggelam semula. Sehingga ia nya semakin jelas kelihatan dan semakin lama semakin banyak, membentuk seperti garisan horizontal yang makin menebal. Ianya berubah-ubah bentuk dan haluan seakan menari kegembiraan. Tak lupa ucapan syukur tasbih, tahmid dan takbir kami hanya pada yang maha Esa tuhan sekalian alam, yang mencipta dan mengarah makhluk ciptaan Nya mengikut masa dan ketika yang di tentukan. Dan alhamdulillah kami, beruntung di beri kesempatan sebegini rupa. Allahuakbar.




Setelah itu mula sessi penggambaran bermula...tugas ini di beri kepada yang empunya camera-camera canggih...ie: Noresh, Hani dan Tun. Tapi camera Hani tak dapat nak capture...setting lari. Jadi kami masih ada 2 photographer. Kami yang lain jadi model aurora borealis...hahahaaa. Untuk stabil kan kedudukan camera bukan senang, nasib baik ada beberapa kereta di hadapan hotel ini yang menjadi sasaran photographer kami untuk meletak camera. Kamera tak boleh goyang-goyang, kena statik. Yang kelakarnya bukan camera saja yang tak boleh gerak, dengan model-model aurora borealis ni pun kena marah kalau gerak. Kerana pergerakan akan menyebabkan produk gambar tak cantik. So untuk pastikan muka-muka kami ni cantik walau pun dalam kegelapan malam, masing-masing akur dengan arahan pengarah..."Jangan bergerak". Muka masing-masing serius takut nanti gambar tak jadi...kelakar betul kalau ingat kan memori ni.




Pelbagai cara yang di gunakan...mula-mula salah seorang dari kami yang jadi model ni kena arah kan lampu suluh ke muka supaya nampak muka kami lebih jelas. Tapi cara sebegini memberikan cahaya yang berlebihan dan menjadikan hasil yang tidak memuaskan. Kemudian, seorang di tugaskan untuk memegang lampu suluh dari arah jauh sedikit, dan cahaya tidak di suluh direct pada muka-muka model ini. Untuk tugasan ini pun kena ada skill. Angle lampu suluh kena betul dan di mana nak di suluh, ada cara...tak silap aku, cahaya suluhan dari Makinah worked well. K.Sue...give up. Sah tugasan ini berat. Aku pun cuba, beberapa kali ...baru betul. Namun begitu, team work penting.


Semua kami tak mahu melepaskan peluang yang tak ternilai ini. Satu demi satu, dalam bentuk kumpulan serta pasangan cuba jadi model aurora borealis. Juga tak ketinggalan untuk our photographer...bergilir-gilir. Tun guna camera Sony, walau pun nampak tak secanggih camera Noresh...tapi hasil dia ok jugak capture aurora. Bila sesuatu photo di ambil, selepas camera click...kami tidak boleh bergerak untuk camera ambil masa untuk processing. Hingga photographer kata ok...baru boleh gerak. So kena sabar sikit.

Dalam masa kami terlalu excited tengok aurora, lupa pula kami dengan hot chocholate tadi. Orang-orang lain dah tak berapa berkumpul disini lagi...cuma kami yang masih excited. Setelah habis sessi photography disini...K. Yash bagi pendapat untuk kami cuba pergi ke belakang hotel pulak. Sebab nya di sebelah sini, banyak gangguan dari struktur bangunan hotel itu sendiri yang menghalang view. Mungkin di sebelah sana aurora lebih menyerlah. Kami melihat kelibat aurora mula pudar dan mula meninggalkan kami sedikit demi sedikit. Kami masuk semula ke hotel untuk menghirup hot chocholate yang dijanjikan tadi...namun kami tak bernasib baik, kerana hot chocholate sudah habis😒😒😒. Siap tanya dekat hotel receptionist ...boleh tak tambah hot chocholate untuk kami. Tapi, orang yang kerja bancuh air dah balik katanya. Jadi kami redha jer la...terlepas hot chocholate...Hehehee.

Semangat kami mencari aurora tidak terhenti di situ. Aku tak ingat sudah jam berapa waktu tu...sebab sememangnya aku tak ada jam tangan, cuma ada jam handphone saja πŸ˜†. Tapi tak silap ianya mungkin menghampiri tengah malam. Percubaan kami seterusnya adalah untuk mencari jalan keluar untuk kami pergi ke belakang hotel pula. Nak buka pintu ni pun kena ada trick...selepas beberapa percubaan baru kami dapat melepasi pintu ini. Kami bergerak ke belakang hotel...di belakang ruangan makan. Di sebelah sini...baru nampak bumi ini di selaputi salji. Ada beberapa pelancong lain yang sudah ada di situ sejak lebih awal lagi. Mereka siap dengan tripod masing-masing. Ini patutnya cara yang betul kalau nak ambil photo shoot untuk aurora. Sebab dalam group kami tak ada siapa yang bawa tripod, jadi berbagai cara creative di cipta untuk camera tak bergerak. Tapi itu semua menjadi kenangan terindah untuk kami bawa pulang.

Kami mencari spot untuk mencari aurora. Tak berapa jelas dah aurora. Dalam kesejukan malam dengan berjalan di atas salji tanpa kelibat aurora...kami masuk semula ke dalam ruangan hotel. Mencari bahan-bahan untuk kami guna untuk stabilkan camera Noresh. Kami jumpa kerusi kayu kecil dan beberapa buku yang terletak di suatu sudut tepi pintu keluar untuk kami guna. Hehehee...sempat pinjam kejap harta hotel ni. Dengan semangat sebagai bekas pengakap Jenan dulu, Fahimi menggunakan kepakaran mencari spot untuk letak kerusi kecil dan cuba stabil kan kedudukan. Tun menggunakan kebolehan mata lepas buat lasik dia untuk mengenal pasti mana aurora. Mata special tu dapat kesan aurora...waktu mana kami masih tercari-cari kelibat auroraπŸ€“. Buku2 di letak supaya camera dapat di letak atas tu, tapi kami perlukan camera di dongak ke atas untuk pandangan ke arah langit. Maka keluar lah hair-clip Noresh... Dia dah practise earlier stabilised kan kamera dia dengan hair-clip ni. Aku bekas St John ambulance Jenan aje...so tolong2 angkat kerusi dan tolong jadi model macam yang lain...kihkihkihπŸ˜„.





Walau macam mana pun, kali ni aurora dah tak berapa nampak dah. Cuma ada sedikit2  aurora yang tenggelam timbul kelihatan di horizon. Very faint...tidak macam awal tadi. Hanya mata2 yang di anugerah kan saja yang dapat mengenal pasti ...itu aurora. Mata2 yang lain masih memikirkan samada itu hanyalah ilusi atau fantasi...πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚.

Ok ...dah larut malam. Mata dah letih sebab cuba fokus dok tengok ke langit. Badan kesejukan berdiri atas salji di dinihari...tak pernah di buat bila kat Malaysia ni. Jom masuk tidur...esok nak sambung jalan-jalan lagi.

Selamat malam...kita sambung esok kot ada rezeki nampak lagi aurora.

1 April 2017- Dilwale part II (Reynisfjara beach-->Fosshotel)



Setelah habis my simple lunch, aku berjalan-jalan di sekitar kawasan bas berhenti. Pintu bas tak buka lagi pun. Di seberang jalan, di atas bukit sana merupakan residential area. Penduduk disini tak ramai, jadi kawasan perumahan tertumpu pada satu area saja. Kalau melihatkan pada struktur rumah mereka, memang tak ada bangunan tinggi. Ini berkemungkinan kerana struktur geografi Iceland dan kekerapan mengalami gempa bumi serta ledakan gunung berapi yang mungkin tidak sesuai untuk mereka membina bangunan tinggi.




Apabila semua sudah bersedia, kami menyambung perjalanan kami ke destinasi seterusnya. Ia nya merupakan black sandy beach (Reynisfjara beach)...kerana memang pasir nya hitam. Rasanya mungkin sebab kesan pada lahar gunung berapi la ...aku rasa. Satu yang Betty pesan sebelum kita turun bas...kata nya pantai ni bahaya. So jangan dok berani duduk tepi-tepi pantai. Arus nya tak menentu dan suddenly ombak besar boleh datang dari Lautan Atlantic ini. Katanya ...banyak kematian di laporkan di kawasan ini. Okay...kami pun tak ada niat nak main-main air sejuk-sejuk macam ni...lagi pun aku memang spesis takut air jugak tu😁



Aku meneruskan perjalanan,berhenti seketika untuk membaca penerangan-penerangan mengenai pantai ini di papan tanda.  Aku menyusuri pantai berpasir hitam ini, sehingga sampai ke kawasan batu-batu berbentuk columnar @ di panggil sebagai columnar basalt serta terdapat struktur berbentuk gua diantara nya. Dari papan tanda tadi tertera penerangan bagaimana pembentukan columnar basalt ni. Ianya terbentuk dari magma yang menyejuk perlahan-lahan dan berpecah menjadi column, selalunya hexagon apabila kawasan permukaan nya berkurangan. Ok ...yang lain Google saja la kalau nak tau. Macam-macam mana pun kawasan ini memang menarik dan mempunyai daya tarikan tersendiri yang agak berbeza. Aku pernah melihat struktur columnar basalt ini di Jeju Island, Korea...tapi tak pernah datang hampir dengan struktur itu sedekat ini.





Kawasan ini menjadi salah satu tarikan untuk photo shoot ...sambil kami bergilir-gilir memanjat struktur batu ini untuk mengambil gambar dengan berlatar belakangkan batu-batu columnar basalt ini. Masing-masing dengan gaya yang tersendiri dan tak lupa juga dengan gaya ala-ala Kajol. Ya...di sini juga adalah spot penggambaran Dilwale untuk lagu Gerua. So keluar lagi lah selendang Kajol tu yang di peragakan dari satu tangan ke tangan yang lain. Dengan angin laut yang membantu mengembangkan selendang memang mengujakan untuk mereka berposing di pantai ini. So sekali lagi lah keluar posing-posing maut Kajol2 Malaya...πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚.





Aku jalan terus bersendirian ke arah barat gua dan batu-batu columnar tadi untuk melihat apa lagi keindahan alam ciptaan Ilahi yang dapat aku simpan dalam kotak memori ku. Buat menjadi kenangan aku di bumi Iceland ini. Tak ramai yang berkeliaran berdekatan dengan laut kerana bimbang kan keselamatan. Dari jauh kelihatan 2 struktur batu yang membentuk pulau atau bukit...sebenar nya aku tak tahu nak describe macam mana & apa scientific name untuk struktur sebegini. Terima aje lah bahasa ku yang caca marba niπŸ˜†. Sambil mengambil beberapa gambar dan video untuk kenang-kenangan dan memudahkan aku untuk menulis bila sudah tiba di Malaysia bila mana kuasa ingatan mungkin akan pudar sedikit demi sedikit.

Melihat kan masa yang dah tak berapa banyak, aku mula berpatah balik ke arah bas...dan bertemu kembali dengan rakan-rakan group aku yang masih meriah dengan sessi photo shoot...Hehehee. So aku join jugak la. Panjat columnar basalt tadi dan disertai dengan 2 lagi geng Jenan siapa lagi kalau tak K.Sue dan Pak Chat...melengkap kan geng Jenan Explorer. Ok...tengok budak2 Jenan ajaq macam mana nak berposing... Hehehee...dengan gaya-gaya macam-macam ikut pengarah Fahimi punya instruction...Yang paling tak tahan gaya dok tengok  aurora pun ada...πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚.

Kami kembali semula ke bas, dan meneruskan perjalanan yang agak panjang merentasi selatan Iceland. Kebanyakan tidur setelah kepenatan dengan aktiviti-aktiviti sedari awal pagi tadi. Walau bagaimana pun dalam kepenatan terbit rasa puas hati dengan segala pengalaman dan di beri peluang dari Allah s.w.t untuk menikmati keindahan alam ciptaan Nya. Subhanallah, Alhmdulillah ...Allahuakbar.

Dalam perjalanan kami singgah sebentar di kawasan yang penuh dengan struktur landscape yang ber 'lobulated'. Teruk sungguh bila doktor menulis....'surface areas appear lobulated with nodules on it. The rocks seems to have greyish to blackish in colour and covered by moss. The appearance looks like giant fungus'...Itu lah kalau nak di describe kan menggunakan istilah medicalnya😜. Ia nya kesan dari lahar gunung berapi yang meletus mengubah bentuk mukabumi sedemikian rupa.







Dari situ kami di bawa ke sebuah hotel, bukan hotel yang akan kami hinggap malam ini, tetapi hotel lain yang aku dah tak ingat nama nya. Kerana masa masih awal driver kami sengaja melengah-lengah kan perjalanan dengan berpusing 2 kali di round about yang berkedudukan tidak jauh dari hotel tersebut...menyebabkan pada mula nya kami ingat salah jalan ke.


Tujuannya kami ke sini adalah untuk kami di beri penerangan tentang kawasan ini dan peristiwa tercetusnya volcano eruption 70 tahun lalu (1947). Di situ, pelancong2 lain dari bas yang berbeza juga berkumpul sekali untuk mendengar 'taklimat' dan wayang gambar di mana berlakunya volcano eruption...tak silap aku Hekla eruption. One of the major volcanic eruptions occured in this century which caused significant number of deaths. So yang bagi penerangan tu adalah manager hotel tu tak silap aku yang merupakan generasi dari antara mereka yang terselamat dari letusan gunung berapi itu. Katanya di Iceland ini bila-bila masa sahaja gunung berapi boleh meletus, mungkin esok...mungkin lusa. 😳. Anyway...this is the land of fire and ice. Sungguh menakjubkan ciptaan Allah ini. Siapa sangka dalam kesejukan salju, ada lahar yang menunggu masa untuk meletus dan meledakkan isi kandungan nya yang panas berapi. Mereka di sini telah mengalami beberapa siri letusan gunung berapi dalam tempoh dari masa Hekla eruption berlaku dan sudah mempunyai evacuation plan sekiranya berlaku letusan gunung berapi pada bila-bila masa. Setiap kali lepas terjadi nya bencana, mereka terus cekal dan masih setia untuk berada di tanah tumpah darah mereka dan menjalani hari-hari berikut nya seperti biasa serta membina kembali apa yang musnah.

Dari situ kami menuju ke destinasi terakhir...aku tak tahu apa nama sungai ini, sebab tak di sebut di dalam itinerary. Walau macam mana pun memang cantik dan mendamaikan seperti pada tempat2 lain. Kami semestinya tidak melepaskan peluang untuk mengambil group photo berlatar belakang kan aliran sungai ini. Tak ketinggalan Jenan Explorer menggayakan aksi2 kami. Puteri2 ada sessi photo shoot mereka tersendiri. Selepas siap melompat-lompat segala...kami di bawa ke hotel untuk check in. Kami akan tinggal di sini untuk 2 hari dan di sini lah spot untuk mencari aurora.

Malam ni kami ada misi penting yang perlu di laksanakan...misi mencari aurora...😜. Tunggu ...

1 April 2017- Dilwale part 1 (Seljalandsfoss -->Skogafoss waterfall--> Reynisfjara beach)



Pagi ni hujan pulak. Menambahkan kesejukan di pagi hari. Alahai macam mana nak nampak aurora hari ni. Katanya hari ni ada oppotunity boleh tengok aurora.
Breakfast di hotel ni best jugak. Banyak variasi dan makanan boleh tahan kat hotel ni. Satu yang aku teruja di sini, ada waffle maker. Siapa yang nak waffle, boleh buat sendiri. Spray dulu dekat bekas dia ...lepas tu masukkan satu senduk adunan yg dah disediakan, tutup & tunggu dlm 5 minit.... Hehehee .. Tak pernah-pernah buat waffle kat Malaysia...buat kat hotel di Iceland, seronok pulak πŸ‘. Lepas aku buat, siap ajar orang lain pulak buat😬.

Selepas breakfast kami check out dari Stracta hotel...pasti kan beg masing-masing dah di bawa keluar dan selalunya aku akan tengok beg aku masuk dalam perut bas tu, baru puas hati yang beg aku tak tertinggal. Hujan kat luar ni boleh tahan jugak. So persediaan dengan pakaian tebal dan baju yang berlapis dan gloves perlu untuk mengurangkan kesan sejuk. Walaupun ikut-ikut sini dah masuk spring, ada tempat-tempat yang masih turun salji. Betul la di Iceland ni even dalam satu hari mungkin akan berjumpa dengan ke empat2 musim yang berbeza.



Keseluruhan kami mengekal kan tempat duduk yang sama di dalam bas. Jadi dah tahu tempat duduk masing-masing dan sama juga dengan pelancong-pelancong dari negara yang lain yang berkongsi satu bas dengan kami. Kami akan berada dalam group yang sama sepanjang 4 hari perjalanan di selatan Iceland ini. Kebanyakan kami occupy barisan-barisan terakhir dalam bas ni. Dari barisan 5 terakhir bas, bermula dengan Sha & her daughter (Hani), Husband K. Zainah, aku, Noresh, K. Sue, Maida, Makinah, K. Zainah dan K. Yash. Sementara Tun, Pak Chat, Datin Maznah & her husband duduk di depan. Not bad my memory kan..still ingat lagi nama2 ahli kumpulanπŸ˜„.

Hala tuju kami seterusnya nya, melawat ke dua waterfall & black sandy beach. Tempat-tempat ini  jadi lebih popular selepas filem Dilwale lakonan Kajol & Shahrukh Khan last year. So ramai la peminat2 filem hindi especially yang dari Malaysia yang teringin nak datang sini dan berposing ala-ala Kajol bila kat sini. So sapa-sapa yang dah pernah tgk Dilwale ni memang dapat appreciate la... Tempat ni scene yang depa shoot untuk lagu Gerua. Aihhhh...ni yang rasa nak fefeeling nyanyi lagu Gerua pulak niπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚. Last year Tun bawak previous group, masa tu still winter, so area waterfall di selaputi salji. Jadi tak boleh nak jalan jauh. This time nasib kami boleh di katakan baik.

Baru dalam agak2 10-15 minit bas bergerak dan dalam kesyahduan pagi yang sejuk damai dengan hujan renyai2 ni... Tiba-tiba terdengar suara kekecohan kat belakang memanggil Tun beberapa kali..hingga kedengaran... K. Yash called from the back..."Tun..come here, urgent". Tun reluctantly datang jugak ke belakang, sebab nya dalam bas ni tak di galakkan pi jalan merata. Masuk jer bas, nanti Mam Betty suruh 'fasten your seatbelt'...Hehehee. Nak di jadi kan cerita rupa-rupa nya, K.Sue tak sure luggage dia dah bawak masuk dalam bas ke tak. Aduhai la kakak ku ni....memang sanguine sungguh dengan muka selamba dia. Beg dia yang besar begitu tu boleh tak perasan tinggal kat depan pintu bilik. Sorry K. Sue...bab ni kena cerita sebab rare story. Selalu orang dok lupa barang2 kecik, ni hat yang beg gedabak tu yang dia lupa😜. Anyway, bas terpaksa buat u-turn balik semula ke hotel untuk mengambil balik beg yang tertinggal tu. Nasib tak jauh lagi.


Kami sambung kembali perjalanan...masih hujan renyai2 di sepanjang perjalanan. Di sepanjang perjalanan kami masih dapat mengecapi pemandangan yang cantik walaupun di kaburi dengan hujan di sepanjang jalan. Kami tiba ke destinasi seterusnya ...Seljalandfoss waterfall. Dalam hujan yang rintik-rintik dan kesejukan pagi ni kami redah juga. Air terjun ni yang special nya sebab dia ada laluan di sebalik air terjun tu. Pelancong bukan saja dapat mengambil gambar air terjun dari hadapan, malah dapat juga berjalan di belakang dan mengambil gambar dari belakang. Jadi kami memulakan perjalanan ke waterfall ini, pastikan pakaian waterproof with hood. Ada yang memakai rain coat juga. Gloves jangan lupa...nanti mengeletar. Cuma bila nak ambil gambar tu terpaksa la tanggal kan gloves, especially kalau guna iPhone @ phone yang touch screen...memang susah. Aku baru tahu ada leather gloves special design dekat tips of gloves tu di ubah suai supaya dapat touch screen.





Mengikut arah di mana orang ramai naik, aku turut memanjat bukit melalui anak-anak tangga yang di sediakan untuk memudahkan pelancong naik ke atas. Sampai di atas, melalui platform di atas tu, dapat ambil photo @ video air terjun dari arah sisi. Memang cantik dan mendamai kan melihat aliran dan bunyi air terjun ni. Aku meneruskan perjalanan menuruni dan menyusuri laluan berbatu menuju ke arah belakang air terjun. Kena berhati-hati bila turun di sini, kerana dalam keadaan hujan macam ni laluan licin sedikit. Pemakaian kasut yang sesuai adalah penting untuk mengelakkan sebarang kecederaan yang tak di ingini. Kalau grip kasut tak bagus, boleh tergelincir ni. So kena invest lebih sikit untuk dapatkan kasut yang bersesuaian yang waterproof. Badan kena fit, kalau nak datang Iceland ni. Bila dah datang sini kena la cuba semua ni.... yer tak. Kalau tak buat rugi jer la kan datang jauh2. Tak kan nak datang tengok dari jauh atau duduk dalam bas aje. Baik duduk rumah tengok channel National Geographic. Kena adventurous sikit baru best.

Aku tiba di belakang waterfall...ada ruangan di belakang ni macam gua sikit. So kita orang boleh bersantai sebentar sambil mengambil gambar dan berswafoto. Tapi sini memang basah la, disebab kan percikan dari air terjun tu tempias kena kita. Sejuk jangan cakap la. Memang rasa best sangat diri kat belakang ni walaupun dok sejuk2 macam ni. Di sini salah satu photo shoot untuk lagu Gerua jugak ni...tapi tak le berhujan macam kita ni...πŸ˜‚. Kami menunggu rakan-rakan yang lain sampai dan memeriahkan lagi suasana di situ sambil berswafoto beramai-ramai. Lepas dah mengeletar kesejukan dekat sini, kami meneruskan perjalanan naik bukit dan turun tangga melalui laluan yang bertentangan dengan arah yang kami datang sebentar tadi.






Satu lagi yang perlu di ketahui, bateri phone atau camera akan cepat habis bila di tempat sejuk. Sekejap jer kalau tempat sejuk2 macam ni bateri akan low. So make sure bateri full dan pergi mana-mana ready power bank untuk phone @ extra bateri untuk camera. Satu teknik yang di gunakan oleh Noresh untuk menjaga camera dia tak bagi sejuk, dengan menggunakan chemical thermal... to warm the camera. Mulanya kegunaan untuk memanaskan badan...tapi dah di gunakan multipurpose untuk panaskan camera dia lagi pentingπŸ˜„.


Dari Seljalandsfoss kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya, Skogafoss waterfall yang juga merupakan sebuah air terjun, cuma ia mempunyai keistimewaan nya yang tersendiri. Di Iceland ni memang banyak waterfall kerana struktur muka bumi nya yang sebegini. Bila kita tiba di sini, cuaca sudah agak baik dan hujan sudah mula berhenti. Matahari mula menampakkan rupa dan memberi sinar harapan baru untuk kami... Mungkin kah kami akan bertemu aurora malam ini setelah kecewa semalam...Mungkin kah...Kita tunggu malam niπŸ˜‰

Betty memberitahu kami, untuk pemandangan yang cantik dan untuk melihat glacier...kami perlu mendaki anak tangga yang berketinggian 400+++ anak tangga untuk sampai ke atas. Adoi...macam mana ni. Mampu kah aku mendaki setinggi itu. Padahal di hospital yang naik satu atau dua tingkat saja aku dah surrender...tekan butang lift😒...ni mau breathless aku ni nak sampai atas tu.







Walau macam mana pun aku gagah kan juga...tengok yang lain semua semangat, aku pun ikut semangat macam mereka juga. Budak Jenan memang pantang di cabar kanπŸ˜‰. Satu lagi, itu lah penting nya pergi dengan group yang berani mencuba dan tahan lasak sikit ni....pembakar semangat. Kalau pergi dengan group yang tak adventurous...memang leceh. Semua tak nak buat. So perlahan-lahan aku gagahi juga mendaki  anak-anak tangga satu persatu. Mula-mula laju jugak, cuma lama-kelamaan langkah aku perlahan...menahan kepenatan. Sesekali terpaksa berhenti di tepi bila tiba di platform yang lebih luas untuk berhenti seketika mengambil nafas sebelum meneruskan pendakian ke atas. Ada yang ingat aku kerap berhenti sebab sakit lutut ku semalam...tapi lutut aku sekarang dah okay. Cuma my haemoglobin, mungkin sedikit rendah...yang menyebabkan aku kepenatan bila mendaki. However, I would congratulate myself because this time I did very well...even though I had to stop several times to reach the top. I guess, I have gained my stamina back at least to the previous level after regular jogging sessions before came here. And definitely my haemoglobin level has improved...for me to climb up hills like this, it needs reasonably average level of haemoglobin. Fahimi  pun slow down...tunggu aku naik...takut doctor in group pengsan tengah jalan kot...πŸ˜†. Yang lain semua dah sampai atas... So akhir nya aku pun berjaya sampai ke puncak..yeayyy...πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼.

Memang worth it, mendaki tinggi-tinggi macam ni. Bila sampai kat atas tu semua letih hilang...yang ada cuma perasaan gembira dan puas hati. Join the rest of them. Memang cantik pemandangan dari atas...kelihatan air sungai yang mengalir dan turun menjadi air terjun dengan pelangi yang terbentuk dari lantunan cahaya matahari ke arah air.... Subhanallah...sungguh indah ciptaan mu ya Rabbi. Ini mengingatkan aku pada ayat yang di ulang-ulang dalam surah Ar-Rahman..."Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan mu, yang kamu dusta kan"




Masing-masing mencari spot yang menarik dengan berlatar belakang kan sungai, air terjun dan pelangi untuk di jadikan kenangan. Tapi sebab ramai sangat...susah untuk dapat view yang cantik tanpa terlihat kelibat bayang orang lain. Kami bergerak ke tebing untuk mengambil gambar berlatar belakangkan sungai mengalir. Biasa la bila waktu excited tu tak perasan yang kita berdiri di tebing curam. Menjerit2 la makcik2 takut aku kena terbang dek angin dok kat tepi sangat....Hehehee. Satu yang aku suka...kebanyakan dah mula memanggil ku dengan Ainon saja... Tak ada doctor2 lagi. So rasa macam famili & close friends jer semua dah. Glacier yang macam Betty cakap tu...macam tak nampak pun. So kita tak la jalan naik ke atas lagi.





Setelah puas dengan pemandangan dari atas, kami mula turun ke bawah. Kalau turun ni memang laju la...di bantu oleh daya graviti...Hehehee. Tak ada la penat.  Di bawah, pemandangan tak kurang cantik juga. Dengan back ground air terjun dan aliran nya serta pelangi. Wow...cantik sungguh. Kami mengambil beberapa photo di sana. Aku perhatikan tak jauh dari tempat aku berdiri...bergilir-gilir group kami menggayakan aksi Kajol dengan selendang oren milik Kak Sue. Dengan angin yang bertiup menebarkan selendang oren tu...πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚.  Kelakar betul la mereka ni. Ini semua penangan Kajol Malaya ni.


Oh ya...rasanya Betty bagi masa 40 minit untuk kami naik dan turun. Not bad we're all on time. Walaupun selalu nya geng2 Malaysia ni la yang last sampai ke bas. Dari situ kami meneruskan perjalanan dan singgah untuk makan tengahari. Cuaca nampak ok buat masa ni. Winter clothing dan gloves yang basah tadi waktu di waterfall yang awal tadi pun dah kering lepas memanjat turun naik tangga di waterfall yang kedua.


Di tempat rehat...masing-masing bukak bekal. Dia orang makan kat luar jer. Tapi kat luar ni sejuk sikit. Semua creative macam mana nak bawak bekal dan keep it warm. Noresh ready nasi lemak Brahim pagi2 dan keep it warm dengan guna chem thermal dia. Sha & Hani...guna lunch box yang boleh keep warm. Yang lain aku tak tau macam mana dia orang buat. Macam-macam cara dia orang ni...don't play playπŸ˜€. Aku seperti biasa malas nak angkut food. Karang mkn sekali dinner kat room nanti. For the time being I just need some hot chocholate and join Tun & Fahimi pegi cafe minum kat dalam.

Petang nanti kami sambung aktiviti kami. Perjalanan masih jauh dan semakin lama semakin menarik.