Posts

Showing posts from September, 2016

Perjalanan

Image
Aku menulis Dari satu sudut kedai makan Sambil menghirup teh tarik  Bersama nikmat ayam panggang Berlatar kan lagu lagu Indon  Alhamdulillah  Masih ada rezeki untuk aku lagi hari ini
Aku menulis Dari atas lebuhraya  Perjalanan menuju ke Utara Dengan kelajuan 20km/ jam Di pemanduan lorong paling kanan Kenderaan berat yang bagai semut Memanjat bukit melambatkan perjalanan Tak kurang Pemandu setan memecut di lorong kecemasan Menambah sakit nya di hati Sudah lah tol nya tiada yang kurang Ahhh... Perjalanan ku masih jauh
Aku menulis  Dari hentian rehat dan rawat Tatkala hari semakin menghampiri senja  Mengunyah pau daging dan sweet corn Untuk melapik perut buat seketika  Juga berbekal kan jambu madu bersama Sambil meregang kaki dan mengurut pinggang yang semakin lenguh Perjalanan perlu di teruskan jua  Dengan semangat menyambut Qurban  Derita ini cuma sementara Doa kan perjalanan ku sampai ke destinasi nya
Alhambra 10 September 2016 (9 Dzulhijjah 1437) Hentian R&RTapah