Nakhoda
Hidup ini umpama satu pelayaran
yang belayar di laut lepas
Lantas jadi lah kau nakhoda yang tuntas
Yang layak bukan pada rupa paras
Tapi kerana wasasan dan berjiwa tegas
Tidak takut pada ombak, badai dan samudera yang mengganas
Semua nya bisa di bidas
Siap siaga mengangkat sauh
dan melabuhkan layar dengan pantas
Teruskan lah pelayaran mu
Wahai nakhoda
Kemudilah bahtera mu
dengan penuh megah dan gagah
Bukan bagai pengecut yang mudah mengalah
Biar badai melanda tetap kau tak menyerah
Ribut taufan tidak kau kisah
Kerana kau punya tempat untuk berserah
Ingat lah wahai nakhoda
Kau tempat anak-anak kapal bergantung harapan
Dengan mu mereka bina impian
Jangan kau terpesong dari haluan
Lalu sesat di tengah lautan
Biar kompas hidup jadi panduan
Agar selamat tiba disempadan
Bila kau tiada upaya
Kembali lah kepadaNya
Dalam deruan ombak yang menggila
atau taufan yang melanda
Bersujudlah kepada Nya
Mohon di teguhkan keimaman
Moga di kuat kan keyakinan
Agar kau bisa mengemudi kembali
dengan semangat dan ketakwaan
Dan bertawakal hanya kepada Dia
Kerana dengan Nya sahajalah kau kembali berupaya
Bila tiba di persisiran
Ucapkan syukur pada yang Maha Esa
Kerana kau sudah berjaya
Mengemudi bahtera mu dengan jaya
dan menyelamatkan semua yang ada
Aku mungkin tiada disitu
untuk melihat kejayaan mu
Cuma bisa kuiringkan doa restu
dengan kata semangat yang jitu
Agar bila kau belayar lagi
Tiada apa yang kau geruni
Kali ini dengan lebih berani
Doa ku sentiasa mengiringi
Beserta rahmat dari Ilahi
-Alhambra
30/06/2014
Ulasan