Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2015

Nyamuk

Imej
Sesekali terdengar dengungan suara nyamuk Berlegar terbang mengelilingi telinga Berdesing suara itu Sengaja mahu bikin provokasi  Bukan saja telinga ku yang sakit Hati juga turut terasa panas Jika tercapai dek tangan ku Mahu saja ku tampar-tampar Kulenyek-lenyek dia hingga berdarah Darah yang mungkin bercampur darahku Kalau di biarkan dia hidup Mahu saja menjadi wabak Bisa sebarkan penyakit denggi berdarah Panggil saja inspektor kesihatan Biar disembur semua larva-larva Jangan biarkan dia hidup  Walaupun pada usia yang muda Biar semuanya mati Jika dibiarkan... Cepat saja dia membiak Mengulang kembali kitaran hidup Menjangkiti makhluk lain Memulakan wabak yang baru Membawa virus yang susah dibasmi Ahhh... Mengapa mahu bercerita tentang nyamuk Bila gigitan manusia lebih pedih dari makhluk itu Malah lebih rendah martabatnya Dari nyamuk yang halus Kata-kata nista yang membingitkan telinga Menjadi viral dan barah pada diri Penuh dengan provokasi  Penuh dengan dengki dan irihat...