Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2015

Tipah Tertipu Lagi

Imej
Hai Si Tipah Rupa nya kau di tipu lagi Dulu janji mereka menggunung tinggi Kata mereka usah lah kau peduli Itu cuma bincang kencang Pak menteri dan para YB  Hanya sekadar mainan ahli politik untuk meraih undi Sengaja ada yang mahu mengapi-api Kata mereka apa-apa pun kau takkan rugi Apa yang kau peningkan dengan GST 6% itu untuk mu bagai sisa cili di celah gigi Pedasnya tak kan lah terlalu berapi Kau duduk saja lah berdiam diri Dengar saja sandiwara di kaca TV Ramai penglipur lara yang bisa menghiburkan hati Kan dah terkejut engkau Si Tipah Kini lain pula cerita mereka Kita perlu laksana kan segera Kantung negara harus di isi semula Sudah kering perbendaharaan negara Kata mereka semua nya telah dijelas penguasa Tapi kau saja yang masih leka Masih keliru GST itu apa  Diajar berkali kau masih terpinga Sekarang jangan kau cuba bantah segala Kelak nanti kau dianggap penderhaka Pantang kita derhaka pada penguasa Mahu tak mahu kau ikut kan saja Kutip saja cukai perkhidmatan dari mere...