Tipah Tertipu Lagi
Hai Si Tipah
Rupa nya kau di tipu lagi
Dulu janji mereka menggunung tinggi
Kata mereka usah lah kau peduli
Itu cuma bincang kencang Pak menteri dan para YB
Hanya sekadar mainan ahli politik untuk meraih undi
Sengaja ada yang mahu mengapi-api
Kata mereka apa-apa pun kau takkan rugi
Apa yang kau peningkan dengan GST
6% itu untuk mu bagai sisa cili di celah gigi
Pedasnya tak kan lah terlalu berapi
Kau duduk saja lah berdiam diri
Dengar saja sandiwara di kaca TV
Ramai penglipur lara yang bisa menghiburkan hati
Kan dah terkejut engkau Si Tipah
Kini lain pula cerita mereka
Kita perlu laksana kan segera
Kantung negara harus di isi semula
Sudah kering perbendaharaan negara
Kata mereka semua nya telah dijelas penguasa
Tapi kau saja yang masih leka
Masih keliru GST itu apa
Diajar berkali kau masih terpinga
Sekarang jangan kau cuba bantah segala
Kelak nanti kau dianggap penderhaka
Pantang kita derhaka pada penguasa
Mahu tak mahu kau ikut kan saja
Kutip saja cukai perkhidmatan dari mereka
Tak perlu berbelas kasihan pada rakyat jelata
Kerana mereka semua orang berada
Jika tidak kau kan di cari kastam juga
Alahai apalah nasib mu wahai Si Tipah
Asyik ditipu tak sudah sudah
Hanya mampu bermadah helah
Hati di dalam resah gelisah
Di bait-bait puisi segalanya diluah
Agar ada yang berhati cerah
Bisa kelak mendapat hidayah
Sudah lah, jangan pula terus bermuram
Tak guna juga kita berdendam
Walau di hati terus membungkam
Terasa geram, tetap berdiam
-Alhambra
6 March 2015
Ulasan