Wayang Kehidupan ( Popcorn dan Kopi)
Wayang hidup sudah bermula
Popcorn dan secawan kopi telah tersedia
Apa lagi mari kita tonton bersama
Sandiwara sensasi yang tiada tolok bandingnya
Saksikan saja siapa yang kena
Lakonan menarik dari watak-watak utama
Ditambah pula pelakon tambahan yang pelbagai rupa
Ada Pak pacak tolong bersorak sama
Tak kurang yang kerja asyik menghentam saja
Yang buta tuli dan kayu berlagak juga
Mengiyakan saja apa kata si kepala
Menambah perisa dengan berdusta
Hero jahat memang selalunya hebat
Dia lah ketua dan penyamun terhormat
Langkah di atur dengan penuh cermat
Agar rahsia tertutup rapat
Apakan daya dunia kini penuh maklumat
Terhidu juga segala muslihat
Bagaikan tupai yang pandai melompat
Ke tanah juga ia jatuh mendarat
Membuatkan semua orang meluat
Hingga tak sabar rasanya menunggu ke garisan penamat
Mahu saja ke penjara dia disumbat
Malangnya ramai pula badut yang kaki kipas
Disamping permaisuri setia berganding pantas
Mengorak strategi yang cukup kemas
Mungkin harus di bakar agar bukti tidak terlepas
Siapa yang membantah dia di cantas
Ditolak ke bawah agar tak bisa memanjat kembali ke atas
Semoga takhta tidak berani lagi di rampas
Sukar di teka pengakhiran cerita
Kesudahan baik atau sebalik nya
Hanya DIA lah yang menentukan nya
Mungkin ada hikmah dan teladan dari setiap ceritera
Cuma manusia yang masih leka
Tidak pandai mengambil pengajaran
Segala panduan tertulis dalam kalam Al Quran
Ada Musa dan ada Harun
Ada Fir'aun, Haman dan Qarun
Dua jalan untuk tujuan pengakhiran
Perlu beriman dalam kesabaran
Atau angkuh terus dalam kekufuran
Yang pasti di akhirat amal di timbang di neraca mizan
Ke syurga kah atau ke neraka
Semuanya bergantung pada lakonan di dunia
Dan kita masih leka menonton wayang kehidupan
Sambil menyuap popcorn dan menghirup secawan kopi
Ahhhh...Siapa yang kena kali ini...
-Alhambra
30 Julai 2015
Ulasan