Cukai Ku Untuk Siapa
Cukai oh cukai Dia datang lagi Menghantui Setiap ruang hati Aduhhh.... Sakit tuh disini Kantung ku dirobek lagi Lagi dan lagi Mana mahu lari Tapi aku bukan sang pencuri Yang harus melarikan diri Cuma aku hairan ya Kemana agaknya Wang negara Tabungan nya disuruh isi sahaja Kalau tidak aku di denda Tapi asyik tak cukup saja Bagai ada yang bocor di mana-mana Lalu wang aku di mana ya Mungkin ditangan pencuri kelas pertama Atau mungkin aku harus pasrah menerima berbangga kerana telah berjaya Menderma untuk negara Atau... Untuk siapa ya😉 -Alhambra 6 April 2016