Cukai Ku Untuk Siapa
Cukai oh cukai
Dia datang lagi
Menghantui
Setiap ruang hati
Aduhhh....
Sakit tuh disini
Kantung ku dirobek lagi
Lagi dan lagi
Mana mahu lari
Tapi aku bukan sang pencuri
Yang harus melarikan diri
Cuma aku hairan ya
Kemana agaknya
Wang negara
Tabungan nya disuruh isi sahaja
Kalau tidak aku di denda
Tapi asyik tak cukup saja
Bagai ada yang bocor di mana-mana
Lalu wang aku di mana ya
Mungkin ditangan pencuri kelas pertama
Atau mungkin aku harus pasrah menerima
berbangga kerana telah berjaya
Menderma untuk negara
Atau... Untuk siapa ya😉
-Alhambra
6 April 2016
Ulasan