Tuesday, September 13, 2016

Perjalanan


Aku menulis
Dari satu sudut kedai makan
Sambil menghirup teh tarik 
Bersama nikmat ayam panggang
Berlatar kan lagu lagu Indon 
Alhamdulillah 
Masih ada rezeki untuk aku lagi hari ini

Aku menulis
Dari atas lebuhraya 
Perjalanan menuju ke Utara
Dengan kelajuan 20km/ jam
Di pemanduan lorong paling kanan
Kenderaan berat yang bagai semut
Memanjat bukit melambatkan perjalanan
Tak kurang
Pemandu setan memecut di lorong kecemasan
Menambah sakit nya di hati
Sudah lah tol nya tiada yang kurang
Ahhh... Perjalanan ku masih jauh

Aku menulis 
Dari hentian rehat dan rawat
Tatkala hari semakin menghampiri senja 
Mengunyah pau daging dan sweet corn
Untuk melapik perut buat seketika 
Juga berbekal kan jambu madu bersama
Sambil meregang kaki dan mengurut pinggang yang semakin lenguh
Perjalanan perlu di teruskan jua 
Dengan semangat menyambut Qurban 
Derita ini cuma sementara
Doa kan perjalanan ku sampai ke destinasi nya

Alhambra
10 September 2016 (9 Dzulhijjah 1437)
Hentian R&RTapah





No comments: