Khadam



Ya tuan
Kami sokong tuan
Betul tu tuan
Kami ikut tuan
Diam...
Ya tuan
Kami diam
Cakap...
Ya tuan kami turut perintah

Tak perlu
Di tutup mulut kami
Kerana kami bisu
Tak perlu
Di tutup rapat mata kami
Kerana kami buta
Tak perlu
Di ikat kuat tangan kami
Kerana kami sudah lesu

Jangan risau
Kerana
Kami tak berani melawan
Jangan risau
Kerana
Kami masih berangan
Jangan risau
Kerana
Kami hanya lah khadam
yang menunggu habuan
Kami hanya lah khadam
yang tiada pegangan

Al Hambra
Berkarya dari atas pelantar larian 😬
12 Nov 2018

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

17/09/2017-Pengembaraan ke Kashmir (KL-New Delhi)

Tangan Tangan Ghaib

Travelogue to Turkey- Part VI-Konya - Mevlana museum and Sultanhani Caravanserai