Kisah tentang A Temujanji A di klinik saya sepatutnya minggu depan. Tapi dia datang awal sedikit. Melihatkan A di bawa masuk dengan kerusi roda, timbul tanda tanya apa pula lah yang terjadi padanya. Baru dua minggu lepas keadaan beliau nampak stabil dan menunjukkan kesan positif pada ubat. A merupakan pesakit saya hampir 5 tahun lepas. Baru berumur 30an, mengalami Rheumatoid Arthritis (RA). Agak teruk juga simptom sakit sendi beliau. Tambahan semasa dia belajar di United Kingdom sebelum ini dan ada kalanya bekalan ubat terputus atau dia cuma bergantung ubat steroid. Pernah saya beri kan surat rujukan untuk beliau mendapatkan rawatan di UK dalam tempoh beliau disana. Walau bagaimana pun kebanyakan masa, beliau tiada kesempatan untuk bertemu pakar rheumatogi di sana dan akhirnya bergantung pada pengambilan steroid ie: prednisolon untuk meredakan kesakitan pada sendi yang dia alami. Bila dia pulang untuk bercuti, selalu A akan datang berjumpa saya untuk menyambung rawatan dan u...
Catatan
Tunjukkan catatan dari April, 2021