Kisah tentang A

Temujanji A di klinik saya sepatutnya minggu depan. Tapi dia datang awal sedikit. Melihatkan A di bawa masuk dengan kerusi roda,  timbul tanda tanya apa pula lah yang terjadi padanya. Baru dua minggu lepas keadaan beliau nampak stabil dan menunjukkan kesan positif pada ubat.

A merupakan pesakit saya hampir 5 tahun lepas. Baru berumur 30an, mengalami Rheumatoid Arthritis (RA). Agak teruk juga simptom sakit sendi beliau. Tambahan semasa dia belajar di United Kingdom sebelum ini dan ada kalanya bekalan ubat terputus atau dia cuma bergantung ubat steroid. Pernah saya beri kan surat rujukan untuk beliau mendapatkan rawatan di UK dalam tempoh beliau disana. Walau bagaimana pun kebanyakan masa, beliau tiada kesempatan untuk bertemu pakar rheumatogi di sana dan akhirnya bergantung pada pengambilan steroid ie: prednisolon untuk meredakan kesakitan pada sendi yang dia alami. Bila dia pulang untuk bercuti, selalu A akan datang berjumpa saya untuk menyambung rawatan dan ubat-ubatan. Dan setiap kali itu lah, saya melihat keadaan dan tahap aktiviti RA beliau tidak terkawal dengan sendi-sendi yang bengkak dan dalam kesakitan. 

Disebabkan pengambilan prednisolon yang berterusan juga lah, yang menyebabkan berat badan A naik secara ketara dari waktu pertama kali saya melihat beliau hingga naik melebihi 100kg. Ini menyebabkan timbul masalah kedua, iaitu osteoarthritis di sebabkan berat badan yang terlampau memberi kesan dan tekanan ada struktur sendi lutut. Jadi ini menambah beban kesakitan lutut A.

A akhirnya menghabiskan pengajian di UK dan pulang untuk menetap terus di Malaysia. Dia bersetuju dengan saranan untuk pengambilan biologic therapy untuk rawatan RA. Keadaan radangan sendi A berkurangan. Cuma di sebabkan faktor berat badan dan keadaaan osteoarthritis beliau agak teruk,dia masih mengalami kesukaran untuk berjalan disebabkan masalah osteoarthritis. Pernah ada saranan dari pakar orthopaedic untuk beliau menjalankan pembedahan penggantian lutut (knee replacement therapy). Cuma pada usia beliau yang masih agak muda, mungkin ini bukan jalan penyeselaian yang terbaik. Ada kemungkinan penggantian lutut itu tak bertahan lama.

Timbul cerita menteri Rina Harun berjaya menjalani pembedahan bariatric, dan sekali gus dapat menurunkan berat badan. Jadi A meminta pandangan saya untuk beliau menjalani pembedahan bariatric. Bagi saya ianya adalah satu option yang baik untuk beliau mengurangkan berat badan. Memandangkan kaedah senaman mungkin bukan kaedah terbaik untuk A. Dengan keadaan kesakitan sendi beliau, agak sukar untuk kurus dengan kaedah ini. 

A akhirnya menjalani pembedahan bariatric. Agak memberansangkan pada awalnya melihat perubahan berat badan beliau setelah pembedahan. Berat badan A turun ke 85kg. Kesan ini mula memberikan impak yang bagus pada sendi lutut, yang menunjukkan kurang kesakitan. Keseluruhan sendi boleh dikatakan di bawah kawalan. Prednisolon telah dapat di berhentikan awal lagi semenjak rawatan dengan biologic therapy di mulakan. Ubat-ubat makan untuk anti-rheumatic juga secara perlahan-perlahan dapat di berhentikan dan hanya perlu mendapatkan rawatan biologic sebulan sekali. Ubat tahan sakit pun sudah jarang-jarang di ambil A.

Cuma satu yang saya tidak puas hati dengan perkembangan keadaan A. Beliau masih tidak boleh makan seperti biasa. Awalnya di sebabkan perubahan lepas pembedahan pada perut, menyebabkan beliau tidak dapat mengambil pemakanan dengan kuantiti yang sepatutnya. Dan banyak makanan yang tak boleh di terima oleh perut beliau. Ini juga menyebabkan otot beliau tidak kuat. Dalam beberapa kali ujian darah saya mendapati tahap potassium agak kurang dari normal. Saya sarankan oral replacement potassium untuk naikkan sedikit tahap potassium. Dalam masa yang sama, saya saran kan untuk beliau menambahkan pengambilan makanan yang tinggi potassium seperti pisang atau bayam. Yang sedih nya A tak boleh terima makanan- makanan ini. Di sebabkan A kini sudah kurang sedikit kesakitan lutut beliau, saya juga saran kan untuk beliau menjalani sessi fisioterapi untuk menguatkan otot-otot quadricep beliau.

Beliau datang kali ini dengan lemah kedua-dua kaki dan tangan. Terasa kebas pada tangan dan kaki. Agak tidak boleh genggam dengan baik dan tidak berupaya untuk berjalan. Beliau pernah cuba mendapatkan rawatan sebelum datang berjumpa saya, tapi malang nya di katakan yang beliau mengalami anxiety. Kesian dengan A. Adakala nya doktor-doktor muda teramat mudah mengaitkan setiap perkara dengan masalah anxiety atau masalah mental yang lain. Jadi beliau datang kembali ke klinik saya. A memang tidak berdaya untuk mengangkat kaki pun. Kekuatan otot kaki boleh di kata kan grade 2-3/5 sahaja. Sama juga dengan kekuatan genggaman tangan. Satu yang bagus, kini A tiada sakit sendi. 

Apa yang di hadapi A adalah masalah pada tahap potassium dalam badan yang rendah. Menyebabkan terjadinya kelemahan pada otot-otot dan kebas. Ini adalah antara komplikasi dari prosedur bariatric surgery yang pesakit mungkin alami. Kesan pada kekurangan vitamin-vitamin utama termasuk potassium, calcium, magnesium dan mineral-mineral yang lain di sebabkan masalah serapan @ malabsorption. Ya, beliau saya masukkan ke ward untuk pemberian infusion potassium supplement untuk membantu kekuatan otot beliau kembali. Kekuatan otot beliau semakin pulih selepas pemberian potassium. Tapi entah apa lagi pula masalah yang akan datang sekiranya A terus tidak dapat makan dengan baik. Dia masih di bawah seliaan dietian selepas pembedahan hari itu. Cuma mungkin dia tidak bernasib baik hingga menyebabkan kelumpuhan pada badan disebabkan tahap potassium yang rendah. Semoga A dapat melalui episode komplikasi ini dan di harap kan ianya bersifat sementara. 

Bersyukur lah kita di beri kesihatan yang baik dan jaga lah amanah untuk jaga tubuh badan yang di anugerahkan Allah ini. Ramai di luar sana yang mungkin tidak bernasib baik seperti kita. Semoga Allah beri kesembuhan pada A.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

17/09/2017-Pengembaraan ke Kashmir (KL-New Delhi)

Tangan Tangan Ghaib

Travelogue to Turkey- Part VI-Konya - Mevlana museum and Sultanhani Caravanserai