18/09/2017- Tragedi di Airport New Delhi




Pukul 4.30am kami sudah sedia berkumpul kembali di lobby hotel menunggu bas yang akan membawa kami ke airport. Baru sempat ambil password WiFi dari hotel counter sementara menunggu bas untuk update apa-apa yang patut. Selepas ini agak susah juga untuk kami mendapat WiFi connection. Mungkin interupted internet connection bila di Kashmir nanti.




Dalam pukul 4.45am kami sudah memulakan perjalanan ke airport. Jalan agak lancar pagi-pagi begini. Di sepanjang perjalanan kelihatan gelandangan2 yang tidur secara nyenyaknya di atas pembahagi jalan. Satu pemandangan yang biasa agaknya di sini. Di mana-mana mereka tidur hanya dengan berlantaikan tanah dan berbumbung kan langit.








Kami tiba di airport boleh di katakan awal...penerbangan kami ke Srinagar sepatutnya pada pukul 7.15am dan masa boarding ~6.30am. Jadi sepatutnya kami mempunyai masa yang cukup terutama jika di ambil kira ini adalah penerbangan domestik. Pada awal nya kami beratur untuk check in masing-masing, tetapi kemudiannya di bantu oleh Syuaib our Local guide, untuk membuat group check in. Jadi sempatlah kami solat subuh di sudut2 airport mana yang kosong.

Agak lambat proses untuk kami mendapatkan boarding pass. Hampir pukul 6.15 am baru selesai kami di beri boarding pass dan pasport ...dan gate kami pula agak jauh. Kami masuk untuk security check up....mak datuk...panjangnya barisan. Oleh kerana kami dah consider lambat, dengan barisan yang panjang macam tu...Syuaib selaku our local guide suruh kita keluar dari barisan dan cuba berbincang dengan pegawai yang jaga security tu. Memandang kan kumpulan kami agak besar, kami harap pegawai tu boleh la bersimpati pada kami dan mempercepatkan proses pemeriksaan. Tapi dengan selamba saja kami tidak di benarkan. Mungkin juga kerana orang lain juga lambat. Kami akur dan kembali semula mengikut barisan awal...di bahagi kepada dua kumpulan, satu barisan asal yang sememangnya sudah panjang dan satu lagi arah bertentangan yang lebih kurang sama panjang. Jadi aku kekal di barisan awal.

Masing-masing lewat...bukan kami saja yang lewat. Ada pulak la yang ikut suka dia orang saja yang potong barisan. Terutama satu group mat saleh ni...entah German kot, selamba jer potong barisan...dengan tak rasa bersalah. Memang ada yang marah dan bising dengan kelakuan mereka, sepertinya hanya mereka sahaja yang lambat dan tidak consider orang lain yang juga lambat. Geram nya. Sabar jer lah. Kami harap2 kot pilot faham ler kot...tak kan nak tinggal kan 26 penumpang. Bukan salah kami pun...

Kami hampir sampai ke pusingan terakhir untuk memasuki security, bila salah seorang staf penerbangan datang beritahu...final call untuk penerbangan kami telah di buat beberapa kali. Selepas itu baru kami di suruh untuk pergi kehadapan untuk security check up. Tapi masih perlu untuk go through the same procedure. Security check up di sini agak ketat. Semua kena go through body scan...tak kira la ada berbunyi ke tak bila lalu pintu security. Barisan perempuan dan lelaki berbeza untuk di scan. Bila beg dah di scan...suruh buka balik beg dan perlu keluarkan kesemua alat2 electronic, phone, charger, power bank dan kunci. Kemudian beg di hantar untuk scan buat kali kedua. Jadi saya antara orang yang terakhir lepas security. Menyampah betul.

Jadi bergegaslah kami ke gate 49 yang jauh tu selepas security....macam berjogging pulak la dah pagi-pagi ni nak mengejar flight ke Kashmir. Penat jangan cakap ler...😰. Sampai saja ke pintu 49... Kami di beritahu, kapal terbang kami dah berlepas. Aduhai lebai malang sungguh. Waktu jam dah pun dekat 7.45 am. Tak pernah lagi kena tinggal kapal terbang macam ni. Nak tergelak pun ada juga.








Syarikat penerbangan Vistara bagaimana pun bersetuju untuk kami di masuk kan dalam penerbangan petang ini jam ~2 pm tanpa sebarang bayaran tambahan. Sekurang-kurangnya satu berita yang melegakan hati. Ye la...bukan salah kami pun. Kami dah datang awal tapi salah pegawai di tempat check in dan security process yang melambatkan kami. Jadi mereka berjanji akan bagi kami free breakfast dengan pizza. Kami perlu patah balik ke tempat asal untuk mendapatkan boarding pass baru. Masing-masing tertanya-tanya samada perlukah kami melalui security check up sekali lagi....Huhhh...memang tak sanggup dah. Sekarang ni baru la pegawai yang mula-mula kami cuba minta tolong untuk lepaskan kami awal tadi  sibuk nak tolong kami. Agaknya dia rasa bersalah kot, sebab dia kami terkandas di airport Delhi ni. Kata mereka suasana hari itu agak luar biasa sedikit kerana terlalu ramai orang @ pelancong yang menyebabkan kelewatan berlaku. Tapi rasa nya itu bukan lah alasan untuk mereka beri...Dah tau ramai orang, sepatutnya mereka tambahkan kaunter untuk security check up dan tambahkan pegawai yang memeriksa atau ada plan B yang lain. Ini dah la seorang aje yg dok check beg kami tu. Muka pun dah tak boleh senyum. Memang tak layak sungguh dapat award nombor satu.... geram sungguh dengan security dia.






Nasib baik group kami ni tak ada la yang buat kecoh...terima seadanya. Lagi pun apa yang kami boleh buat pun. Walaupun rasa terkilan sebab pengembaraan kami sepatutnya bermula pagi ni, tapi di sebabkan terkandas di airport Delhi, kami rugi sehari aktiviti yang di rancang untuk hari pertama. Kami akur dengan perancangan Allah, mungkin ada hikmahnya kenapa kami tidak dapat untuk mengikuti penerbangan tadi. Apa yang lebih melegakan adalah, kami tak perlu melalui security check up kali kedua. Legaaaa...tak sanggup lagi nak lalu situ.

Setelah di beri boarding pass baru yang masih belum ada nombor gate, kami dibawa untuk makan pizza free. Masih awal lagi dan banyak masa. Masing-masing letih dan mengantuk di sebabkan dah la malam tadi tidur pun tak cukup nak mengejar flight pagi ni. Berlari2 exercise pulak tu nak kejar kapal terbang, alih-alih kena tinggal kapalπŸ˜‚. Satu pengalaman yang menyebabkan kami ketawa bila mengenangkan kembali. Satu memory yang mungkin aku tak kan lupa.




Penerbangan kami seterusnya pukul 2.40 pm. Jadi kami memang ada banyak masa di airport ni. Jadi sempat lah kami merayau-rayau di sekitar airport sambil melihat-lihat samada nombor gate kami dah tertera atau belum di screen. Tak sanggup kena tinggal kapal kali kedua... Hahahaaa πŸ˜†. Sambil tu ada Syirah dan Fifi telah mempengaruhi aku untuk pergi buat massage...terjebak jugak aku. To kill the time, aku sorang pergi la menghabiskan masa untuk buat foot massage, neck, shoulder & back massage selama satu jam. Sedap jugak la...sambil tertidur-tidur πŸ˜„

Siap zohor dan bila lihat nombor gate dah tertera...kami menuju menunggu di sana pula. Masing-masing tunggu awal di gate 50 kali ini. Tak mahu kena tinggal lagi. Ada yang sempat menemu ramah ada seorang uncle dari Kashmir yang merupakan agen untuk mangga dan apple dari Kashmir.

Akhirnya berjaya juga kami menaiki penerbangan ke Kashmir dengan jayanya. Penerbangan ke Kashmir mengambil masa lebih kurang 1 setengah jam. Kami sampai di Lapangan Terbang Srinigar Sheikh UL Alam lebih kurang pukul 4 ptg lebih. Alhamdulillah akhirnya sampai juga kami di bumi Kashmir.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

17/09/2017-Pengembaraan ke Kashmir (KL-New Delhi)

Tangan Tangan Ghaib

Travelogue to Turkey- Part VI-Konya - Mevlana museum and Sultanhani Caravanserai