“Doktor anak berapa orang?” tanya pesakit saya.
“Saya tak ada anak” jawab saya ringkas sambil meneruskan ultrasound scan pada lutut pesakit. Cuba fokus mencari ada atau tidak jumpa kristal dalam lutut atau tanda-tanda ultrasound lain yang menyokong diagnosis gout.
Jujur nya saya bukan peramah terutama kalau diluar waktu bekerja. Ramai yang kenal saya akan setuju yang saya ni boleh di katakan seorang yang introvert. Jarang bersembang kecuali dengan orang-orang yang saya kenal. Cuma bila bekerja, itu lain…perlu banyak bercakap bertanya untuk mendapatkan sejarah penyakit pesakit dan adakala nya perlu bertanya lebih tentang keadaan psychosocial pesakit.
Satu yang bagus bila buat ultrasound untuk pesakit, dalam masa yang sama saya akan menyambung mengambil sejarah penyakit pesakit dan bertanya itu dan ini. Tapi adakalanya terbalik pula, pesakit yang akan bertanya macam-macam pada saya.
“Apa pandangan doktor, kalau anak doktor, mahu tak galakkan untuk jadi doktor?” tanya pesakit ini lagi.
“Hmmm…susah nak jawab ni. Semua bergantung pada minat anak-anak. Kalau ada minat dan berkebolehan untuk menjalani bidang perubatan, tak ada masalah. Cuma yang jadi masalahnya adalah, buat masa ini terlalu ramai doktor dan bukan senang untuk dapat tempat untuk posting housemanship training sekarang ni. Ramai yang perlu menunggu giliran. Jadi doktor sekarang tak macam zaman-zaman dulu. Job secured, bila graduate saja kita tak sempat bercuti dah di panggil untuk lapor diri untuk kerja. Sekarang lain ”
“ Itu lah. My sister also a doctor. Previously worked in Tawau, Sabah.”
“Oh yer. Saya pernah kerja di Sarawak dulu.”
“Doktor pernah kerja dipedalaman ke?”
“Tak, Saya di hantar ke sana selepas saya dah jadi specialist. Jadi agak selamat sebab hanya boleh pergi hospital besar. Saya bertugas di Hospital Umum Sarawak , di Kuching.”
“My sister kata seronok kerja di Tawau. People really appreciate doctors. Ada yang datang bawa macam-macam bagi pada doktor, buah la, sayur la ..macam-macam.”
“Ya…memang seronok kalau kerja di tempat-tempat kecil. Patients respect their doctors. Even when I was in Kuching, I really enjoyed staying there. Orang-orang di sana baik-baik. Suasana dia berbeza sikit la dari di semenanjung, terutama kalau nak di bandingkan dengan KL or Selangor. Sini ramai sangat doktor, patient pun ada yang kurang respect pada doktor.”
Sambil-sambil scan saya cuba menunjukkan ultrasound finding. Cuma agak sukar nak di terangkan pada orang awam tentang ultrasound terutama bahagian sendi. Semua nya hitam, putih dan kelabu. Bukan macam scan baby, yang orang boleh appreciate adanya makhluk lain dalam perut, boleh tunjuk degup jantung baby. Buat ultrasound sendi, cuma boleh tunjuk ada air dalam lutut, ada kristal yang tak laku di jual atau tunjukkan radangan sendi yang bukan lah suatu yang menarik untuk pesakit. Hanya doktor saja yang seronok.
Pesakit ini pula ramah, habis semua dia interview saya pulak.
“Doktor dulu sekolah di mana?”
“Saya sekolah di Kedah”
“Boarding school?”
“Ya.”
“Jenan?”
“Ya…” Tiba-tiba bersinar sekejap mata, bila nama Jenan di sebut.
“Mana encik tahu Jenan?”, saya bertanya. Hanya orang-orang tertentu yang akan memanggil sekolah menengah Sultan Abdul Halim dengan panggilan Jenan.
“Saya dulu main kriket lawan Jenan dulu. Jenan terror kriket”. Terasa bangga sekejap. Dalam usia-usia sebegini yang dah lama tinggalkan alam persekolahan, tapi masih menebal rasa sayang dan kagum pada sekolah. Kata orang tempat jatuh lagi di kenang, ini kan pula tempat bermain. Itu lah kesan Jenan di hati setiap bekas-bekas pelajar. Even nama UM tak se gah nama Jenan :)
“Oh ye ke. Encik sekolah mana dulu?”, tanya saya. Masih ingat kawan-kawan sekolah saya main kriket. Cuma sampai sekarang saya tak faham permainan ini dan macam mana pemarkahan di buat. Yang saya tahu mereka pukul bola dengan kayu pemukul kriket tu dan lari dari satu hujung ke hujung yang lain. Itupun ramai yang taksub dengan kriket ni, jangan tak tau. Kalau bola atau hoki tu tau la juga…ada gol yang perlu di score. Waktu kecil-kecil dulu di kampung orang main rounders. Tapi kriket ni lain la dari main rounders kat kampung :))
“Saya sekolah MCKK”, jawab pesakit saya.
“Anak-anak encik hantar ke boarding school juga ke?”, tanya saya.
“Mereka tak mahu. Mana budak-budak sekarang mahu tinggal di boarding school. Ada anak saudara saya duduk di boarding school, tiap-tiap minggu parents kena datang sekolah. Ambil baju-baju untuk basuh.”
“Hahaha..ye la. Berbeza dengan zaman dulu. Parents hantar sekali saja. Lepas tu pandai-pandai la hidup. Basuh baju, iron baju sendiri. Cuti sekolah baru balik.”
Itulah yang kita alami sekarang perbezaan antara 2 generasi. Cara hidup kita yang kita rasa amat seronok satu ketika dahulu akan dianggap satu cara yang tak boleh di terima di zaman kini. Cara hidup yang agak susah dulu juga lah yang menyebakan generasi kita berjiwa lebih kental berbanding dengan generasi sekarang. Walau macam mana pun, kita tak boleh banding kan dengan cara hidup generasi sekarang. Mereka ada kelebihan dan kesukaran yang kita tak ada. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada.
Saya menghabiskan sessi ultrasound untuk pesakit ini. Berpuas hati dengan ultrasound finding yang konsisten dengan dapatan dalam gout. By the way this patient came for left knee pain and elbow pain. More of acute bursitis, and ultrasound I did as a tool to confirm whether bursitis is related to gout or not.
Ulasan