Bekalan

 Bekalan


Aku mengira bekalan yang masih kurang

Separuh di ambil buat membayar hutang

Separuh busuk di lempar buang

Yang tinggal perlu di timbang

Disaat matahari hanya sejengkal di atas kepala

Tiada sedikit bayang buat bernaung  

Tiada secarik kain buat melapik badan

Bertahankah hanya dihidangkan keringat dan ghislin

Atau hanya di jamu kan buah zaqqum


Aku dambakan belas kasihan dari Tuan ku 

Agar di tambah peruntukan bekalan 

Harapkan yang sedikit berganda tujuh puluh atau tujuh ratus

Walau sedikit tapi berat timbangan 

Atau mungkin ada yang mahu berkongsi habuan

Bergantung nasib di jemput ke telaga Al Kauthar

Buat menghilang lelah menunggu perbicaraan


Firman Tuan ku

Bekalanmu ada dalam sujudmu

Ada dalam zikir, tasbih dan tahmid mu

Di sampai dalam kalam Tuan ku

Dalam kitab agung melalui utusan Nya

Cari lah ia di situ

Kau akan ketemu jawapan 

Apa jenis bekalan yang perlu di bawa pulang


Alhambra 

27 Julai 2021

17 Zulhijjah 1442

Sungai Buloh


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

17/09/2017-Pengembaraan ke Kashmir (KL-New Delhi)

Tangan Tangan Ghaib

Travelogue to Turkey- Part VI-Konya - Mevlana museum and Sultanhani Caravanserai