Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2014

Biarlah

Imej
biarlah cerita ini berakhir  begitu sahaja kerana bermulanya ia pun  entah dari mana tanpa skrip tanpa jalan cerita yang pasti ada noktahnya cuma bila pengakhirannya bagaimana nada sudahnya dalam hiba atau tawa biarlah takdir yang menentukan jika kita ada kekuatan marilah lakukan lonjakan ya benar kenyataan itu sakit dan memedihkan tapi itu kan lumrah kehidupan ia cuma mainan perasaan tak usah dikesalkan kerana kasih sayang itu  anugerah Tuhan datangnya bersama hukum dengan rela atau paksa kita harus menerimanya pejamkan mata tutuplah telinga tenangkan fikir lapangkan dada bertahanlah barang seketika  ambillah penawar ini sireh pinang pembenci  air jampi pelupa diri semoga kau temui  kedamaian sejati di jiwamu nanti tanpaku di sisi. 23.04.2014

Insaf

Imej
Wahai diri... Apakah yang masih kau cari Dari dunia yang fana ini Tidak cukup kah dengan apa yang di beri Lantas kau terus tercari-cari Masih tidak puas hati Lalu meminta lagi dan lagi Tidak cukupkah dengan harta yang menimbun tinggi Rumah sudah ada di sana sini Tapi nafsu mu masih meninggi Mahu saja nama mu dijulang tinggi Sampai kau akhirnya lupa diri Rasa bagaikan boleh hidup seribu tahun lagi Insaflah wahai diri... Mana kau letak akal fikiran mu Jangan biarkan diri mu terbelenggu Dengan tipu daya syaitan yang menjerat Jangan berpandu hanya dengan nafsu Berhentilah berharap pada manusia Kerana mereka juga insan biasa Mereka juga makhluk yang meminta Jangan di ikut kehendak mu yang gila Kelak kau juga yang binasa Jangan mengharap pada yang tak pasti Menanti ungkapan janji Yang mungkin tak bisa ditepati Sedang kau lupa pada yang hakiki Destinasi akhir mu adalah mati Sesuatu yang tak bisa kau lari Kerana itu adalah ketentuan Ilahi Pengakhiran cerita ya...