Insaf


Wahai diri...
Apakah yang masih kau cari
Dari dunia yang fana ini
Tidak cukup kah dengan apa yang di beri
Lantas kau terus tercari-cari
Masih tidak puas hati
Lalu meminta lagi dan lagi
Tidak cukupkah dengan harta yang menimbun tinggi
Rumah sudah ada di sana sini
Tapi nafsu mu masih meninggi
Mahu saja nama mu dijulang tinggi
Sampai kau akhirnya lupa diri
Rasa bagaikan boleh hidup seribu tahun lagi

Insaflah wahai diri...
Mana kau letak akal fikiran mu
Jangan biarkan diri mu terbelenggu
Dengan tipu daya syaitan yang menjerat
Jangan berpandu hanya dengan nafsu
Berhentilah berharap pada manusia
Kerana mereka juga insan biasa
Mereka juga makhluk yang meminta
Jangan di ikut kehendak mu yang gila
Kelak kau juga yang binasa
Jangan mengharap pada yang tak pasti
Menanti ungkapan janji
Yang mungkin tak bisa ditepati
Sedang kau lupa pada yang hakiki
Destinasi akhir mu adalah mati
Sesuatu yang tak bisa kau lari
Kerana itu adalah ketentuan Ilahi
Pengakhiran cerita yang benar-benar pasti
Sudah bersiap kah kamu 
Untuk meneruskan perjalanan ke alam abadi

-Alhambra
14/05/2014


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

17/09/2017-Pengembaraan ke Kashmir (KL-New Delhi)

Tangan Tangan Ghaib

Travelogue to Turkey- Part VI-Konya - Mevlana museum and Sultanhani Caravanserai