Biarlah
biarlah cerita ini berakhir
begitu sahaja
kerana bermulanya ia pun
entah dari mana
tanpa skrip tanpa jalan cerita
yang pasti ada noktahnya
cuma bila pengakhirannya
bagaimana nada sudahnya
dalam hiba atau tawa
biarlah takdir yang menentukan
jika kita ada kekuatan
marilah lakukan lonjakan
ya benar kenyataan itu
sakit dan memedihkan
tapi itu kan lumrah kehidupan
ia cuma mainan perasaan
tak usah dikesalkan
kerana kasih sayang itu
anugerah Tuhan
datangnya bersama hukum
dengan rela atau paksa
kita harus menerimanya
pejamkan mata tutuplah telinga
tenangkan fikir lapangkan dada
bertahanlah barang seketika
ambillah penawar ini
sireh pinang pembenci
air jampi pelupa diri
semoga kau temui
kedamaian sejati
di jiwamu nanti
tanpaku di sisi.
23.04.2014
Ulasan