Igauan Semalam



Mengapa masih mahu bermimpi 
Bila matahari sudah meninggi
Mengapa masih merindu
Bila hari sudah lama berlalu
Mengapa masih menanti 
Bila yang ditunggu sudah lama menyepi
Bangkit lah dari tidurmu
Campak jauh selimut angan-angan mu
Gerak kan kembali semua anggotamu yang lesu
Jangan di biarkan  ia lama dalam kemalasan
Atau masih bingung mencari alasan
Ayuh rungkaikan rantai yang membelenggu 
Moga kau bisa bebas seperti dulu
Usah kau pedulikan bayang-bayang yang mengekori mu
Kerana dia akan sentiasa ada di situ
Aturkan strategi baru
Teruskan langkahmu
Kerana kejayaan tidak datang hanya dengan berpeluk tubuh
Tapi dari usaha dan mengalir nya peluh
Jangan sekali lupa untuk berdoa
Ruku',  sujud dan qiam meminta hidayah hanya pada Dia
Mengimbangi cita dunia dan akhirat
Agar hidup sentiasa mendapat berkat
Biar mimpi mu kelak jadi realiti
Biar rindu mu hanya untuk Ilahi
Biar penantian mu itu ada pertemuan yang pasti

-Al Hambra
15 August 2014

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

17/09/2017-Pengembaraan ke Kashmir (KL-New Delhi)

Tangan Tangan Ghaib

Travelogue to Turkey- Part VI-Konya - Mevlana museum and Sultanhani Caravanserai