Bila dunia bertakhta di hati



Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Langkah Kajang penuh muslihat
Cuba menyihir mereka yang keliru
Sudah lama mengidam takhta
Namun kerusi tak kunjung tiba
Konon kepala negeri kini hilang integriti nya
Direkayasa cerita lalu dicanang seantero negara
Bila tak tertunai hajat yang diidam
Diheret pula sang setia adinda permaisuri
Dayuskah sudah semua wahai kaum Adam
Hingga tiada yang boleh diharapkan lagi
Ibarat beraja dimata bersultan dihati
Matlamat sudah menghalalkan cara
Mengaib rakan pekung dibuka kesumat tak terperi
Petanda kejatuhan kuasa akan bermula
Demikian hikayat sang pemimpin yang gila kuasa
Seluruh keluarga diatur menjadi buah bidaknya
Langkah sumbang tak mampu bertahan lama
Kerana muslihat liciknya sudah diduga
Hanya menunggu masa dan ketika
Kerna jerat takkan pernah melupakan mangsa.



-Cetusan Rasa AlHambra
8/8/2014

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

17/09/2017-Pengembaraan ke Kashmir (KL-New Delhi)

Tangan Tangan Ghaib

Travelogue to Turkey- Part VI-Konya - Mevlana museum and Sultanhani Caravanserai