Bilakah agaknya....
Aku bukan menulis puisi
Bukan mahu berpantun seloka
Tidak juga ingin bermadah helah
Atau menyusun kata-kata indah
Cuma ingin meluah rasa
Buat mereka para penguasa
Yang mungkin telah terhijab hati
Sungguhpun kataku mungkin tak dipeduli
Lalu aku berceloteh sendiri
Sekadar untuk memuaskan hati
Kerana....
Hati ini dah mula jemu
Dengan segala jenaka yang dijamu
Ada saja muslihat baru
Menipu dusta bagai kan aku budak darjah satu
Kata mereka...
Tak mampu kau makan saja kangkung
Kau saja yang tak tahu di untung
Jika tidak suka ini negeri
Kau berhijrah lah ke lain negeri
Menteri Perdana orang paling berjasa
Jika tidak mana ada yang mahu menderma
Bidak-bidak nya pula berkata
Ringgit jatuh tidak mengapa
Ada untung nya untuk kita
Tak perlu melancong ke lain negara
Kayakan saja negara kita
Hasil nya nanti kita bagi bersama
Aduh...
Aku kah yang gila
Atau mereka kah yang kurang siuman
Ohhhh...NO!NO!NO!..
Aku bukan UMNO
Aku juga bukan biaDAP
Bukan yang asyik dengan kipidap
Bukan juga pendokong demonstrasi
yang asyik menjerit Reformasi
Tidak juga lebai atau mereka golongan haru biru
yang masih bercelaru
Aku cuma rakyat biasa
Kekuatan hanya pada mata pena
Biar melawan dalam diam
Tapi bukan bererti aku berdendam
Aku mendokong hanya pada mereka yang benar
Bukan bersekongkol dengan yang bikin onar
Kemenangan itu pasti
Bila telah ditakdir
Ia pasti hadir
Kerana yang haq akan mengalahkan yang batil
Cuma...
Bilakah agak nya
Aku masih menunggu
-AlHambra
12 Ogos 2015
Ulasan