Di bumi ini


Di bumi sini
Kita bertarung sesama sendiri
Membiar musuh menguasai
Memecah belah negara sendiri 
Jadi boneka ditolak ke sana sini
Jarum halus mereka memasuki
Menguasai minda anak muda kini
Biar kita benci membenci
Hingga lalai dan lupa diri
Dijajah fikiran di bumi pertiwi
Sejarah negara bagai tak relevan lagi
Minda penjajah dijulang tinggi
Islam dipijak dibumi sendiri

Di bumi sana
Mereka itu saudara kita
Walau kulit kita berbeza
Tapi bersaksi tuhan yang sama
Derita mereka kita terasa
Melihat Islam di cerca di hina
Disiksa di zalimi sedemikian rupa
Pemimpin  'Nobel Prize' katanya
Konon menjulang hak sama-rata 
Diangkat dijulang pemimpin dunia
Cuma hanya buat mengaburi mata
Negara jiran diam tak bersuara
Melihat tirani bermaharajalela
Sedang kita hanya mampu berdoa
Mengharap Allah turunkan bala

Aduhai malang bumi ku derita
Punya khalifah sedemikian rupa
Betapa angkuhnya manusia
Mahu terus jadi raja dunia
Disangka bisa hidup lama
Menyiksa membunuh sesama manusia
Terlupa di perut bumi kan mereput jua
Baru sedar siapa berkuasa 
Tiada penolong tiada tentera
Di hadapan Allah azzawajalla
Masih mampu kah kau bersuara ...?

-Alhambra
24 November 2016
(23 Safar 1438H)


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

17/09/2017-Pengembaraan ke Kashmir (KL-New Delhi)

Tangan Tangan Ghaib

Travelogue to Turkey- Part VI-Konya - Mevlana museum and Sultanhani Caravanserai