Friday, February 10, 2017

Puisi Aku


Aku dan aku
Melihat ke dalam diriku 
Berperang satu dengan satu
Antara Aku dan Aku
Berentap melawan nafsu 
Bertembung menjadi satu
Dihasut syaitan yang menipu
Di uji manusia berwatak kan hantu  
Senda dunia yang makin celaru
Hingga diri menjadi buntu

Biar aku kembali
Mencari cinta yang suci
Menunduk ruku' menyerah diri
Bermunajat di malam hari
Mencari apa yang di cari
Merenung cerminan diri
Masih adakah ubat hati
Lalu aku bersujud rapat menyentuh bumi
Moga tiada lagi riak dihati 
Mencari restu Ilahi 

Alhambra 
8 Februari 2017


No comments: