Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2017

Sesumpah

Imej
Bila hati sudah berubah Wajah bertukar bagaikan sesumpah Lidah bercabang bila bermadah Dusta diucap tanpa rasa bersalah  Setiap kata asyik bercanggah Malah di canang terasa megah Tiada malu tiada lagi maruah Dulu musuh yang selalu kau sanggah Kini tuan yang tak berani kau bantah Di junjung di julang walau bersalah Bagai kini kau tiada maruah Di jilat kembali apa yang di ludah Apa lah malang hidup tak bertuah  Setiap hari bagai di sumpah Sifat munafik makin terserlah  Hidup hanya bagaikan sesumpah  Berlindung sebalik topeng wajah Tak berpendirian tak tentu arah Alhambra 25 Ogos 2017

Bahana Kerusi

Imej
Manusia itu Sungguh luar biasa sifatnya Disedia kerusi agar selesa Tetapi dirosakkannya pula  Diletak kerusi yang empuk Agar orang bisa duduk-duduk Tapi di guna buat menghempuk  Dengan suar, botol mereka tauk Manusia itu  Hanya kerana berebut kerusi Bertikam lidah bersilat bergusti Bermati-matian pertahan kerusi Hilang kawan disebabkan kerusi Ada yang takut tak dapat kerusi Ada yang takut hilang kerusi Paling tak malu si pencuri kerusi Manusia itu Sifatnya suka berteka-teki Lihat luaran luhur pekerti Hakikatnya berdendam busuk hati Sanggup fitnah maki-memaki Mahu saja kerusi diwarisi Menjadi pusaka warisan tradisi Manusia itu Tak mahu berlindung dengan ayat kursi Aqidah mereka adalah kerusi Percaya hanya dengan kerusi Nafsu berkuasa bisa difulusi Agar rakyat bisa dipengaruhi Negara akhirnya bisa dikuasai. Cetusanrasa Alhambra (Dari Atas kerusi) 14 Ogos 2017