Bahana Kerusi
Manusia itu
Sungguh luar biasa sifatnya
Disedia kerusi agar selesa
Tetapi dirosakkannya pula
Diletak kerusi yang empuk
Agar orang bisa duduk-duduk
Tapi di guna buat menghempuk
Dengan suar, botol mereka tauk
Manusia itu
Hanya kerana berebut kerusi
Bertikam lidah bersilat bergusti
Bermati-matian pertahan kerusi
Hilang kawan disebabkan kerusi
Ada yang takut tak dapat kerusi
Ada yang takut hilang kerusi
Paling tak malu si pencuri kerusi
Manusia itu
Sifatnya suka berteka-teki
Lihat luaran luhur pekerti
Hakikatnya berdendam busuk hati
Sanggup fitnah maki-memaki
Mahu saja kerusi diwarisi
Menjadi pusaka warisan tradisi
Manusia itu
Tak mahu berlindung dengan ayat kursi
Aqidah mereka adalah kerusi
Percaya hanya dengan kerusi
Nafsu berkuasa bisa difulusi
Agar rakyat bisa dipengaruhi
Negara akhirnya bisa dikuasai.
Cetusanrasa Alhambra
(Dari Atas kerusi)
14 Ogos 2017
Ulasan