Sesumpah



Bila hati sudah berubah
Wajah bertukar bagaikan sesumpah
Lidah bercabang bila bermadah
Dusta diucap tanpa rasa bersalah 
Setiap kata asyik bercanggah
Malah di canang terasa megah
Tiada malu tiada lagi maruah
Dulu musuh yang selalu kau sanggah
Kini tuan yang tak berani kau bantah
Di junjung di julang walau bersalah
Bagai kini kau tiada maruah
Di jilat kembali apa yang di ludah
Apa lah malang hidup tak bertuah 
Setiap hari bagai di sumpah
Sifat munafik makin terserlah 
Hidup hanya bagaikan sesumpah 
Berlindung sebalik topeng wajah
Tak berpendirian tak tentu arah

Alhambra
25 Ogos 2017

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

17/09/2017-Pengembaraan ke Kashmir (KL-New Delhi)

Tangan Tangan Ghaib

Travelogue to Turkey- Part VI-Konya - Mevlana museum and Sultanhani Caravanserai