19/09/2017- Sonamarg ke Srinagar

Kata orang kalau kita ingin mengenali seseorang ...mengembaralah dengan beliau. Pengembaraan yang melalui susah senang selalunya menunjukkan sifat sebenar seseorang. Adakalanya menguji kesabaran. Begitu lah kita manusia ini tidak pernah sempurna dan sering melakukan kesilapan...Intro dulu๐Ÿ˜‰.

Terjaga-jaga juga aku tidur di tempat baru. Bukan tak boleh tidur tapi rasa macam terjaga bila ada electricity interupted. Kemudian sambung tidur semula. Subuh di sini dalam pukul 4.50am. Siang agak awal disini, begitu juga senja. Sambil masih mengeliat malas memikirkan nak mandi sejuk-sejuk begini. Air di shower dah panas sikit...Lepas mandi, prepare barang-barang balik dalam beg. Katanya pukul 8 pagi kami akan mula bertolak. Baju dah iron dengan iron kecik aku (donated by K. Ida dulu). Dia kata aku obsessive, travel sibuk bawak iron. Dia tak tengok anak sedara aku...lagi obsessive dari aku...๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚. At least sekarang baju2 yang agak mcm T-shirt aku dah kurang iron dah. Cuma kadang2 tudung la...kalau tak nampak sangat lak kedut nya.

Dari tingkap bilik kami sudah kelihatan ada makhluk2 yang bangun awal dan mula berposing di sekitar hotel. Ada juga sungai di belakang hotel ni. Kena keluar jalan sikit. Aku melihat jam di handphone, dah pukul 7 lebih. Pergi breakfast dulu, kemudian letak beg di luar untuk di ambil porter. Tengok di bawah mungkin ada WiFi. Duduk dalam bilik ni memang tak ada wifi.

Breakfast dia ok la...pasal makan jangan tanya aku. Semua tak menyelerakan. Walaupun orang kata aku balik kampung ke sini...tapi tekak aku memang tekak Melayu pure. Kari2 dengan spices masakan India ni tak masuk jugak. Aku duduk lama sikit hanya untuk WiFi. Selepas breakfast keluar ambil gambar di keliling hotel. Nak pergi jauh-jauh nanti kena tinggal van pulak.

So bila Syirah kata nak pergi sungai...aku yang tak bagi. Aku suruh jangan pergi jalan jauh2. Memang macam mak nenek jugak aku ni. Tapi bila aku tengok ada ramai pulak yang menuju ke arah sungai, dan tak ada tanda-tanda yang group kami ni nak bergerak on time, aku pun pergi join a couple from one of the family ni. Nak panggil Syirah untuk join...dia kat belakang pulak tengah wassapp call dengan umi dia. Nasib la  Syirah...sure dia bengang dengan aku๐Ÿ˜‚.

Aku ikut keluar dari pagar menyusuri sedikit jalan raya dan ke arah sungai. Asmida menemani Datin Sham juga turut ke sana. Jadi aku rasa lebih selamat lah. Sah-sah lambat lagi baru nak bertolak. Dari seberang sini aku nampak Syirah...cuba juga panggil dia. Cuma suara aku mungkin tak begitu kuat untuk dia sedar panggilan aku.  Sampai ke curam untuk turun ke sungai...aku ingat mula nya malas juga nak turun. Sebab nanti satu hal mengah nak naik balik. Dengan tahap haemoglobin aku macam ni memang aku akan rasa penat ni. Tapi bila tengok couple tadi turun...aku pun rasa teruja jugak nak turun. Tak susah mana waktu aku nak turun...sebab dengan saiz aku yang kecik ni memang senang aje turun. Kita tengok bila naik bukit karang๐Ÿ˜ฐ.

Walau macam mana pun berbaloi la aku turun ke bawah ni. Suasana penuh ketenangan dengan aliran air yang sejuk mata memandang. Aku lihat ke seberang, sekumpulan biri-biri merumput untuk makan pagi la tu kot. Di belakang sungai berlatarkan gunung ganang. Cantik pemandangan di sini. Di sekitar sungai banyak batu-batu. Sedang aku merayau sorang-sorang, ada pakcik yang baru turun offer nak tangkap kan gambar aku. Kesian agak nya tengok aku dok cuba berselfie sorang-sorang. Dah la tangan pendek, tak bawak monopod pulak tu. Apa lagi dah orang offer, aku terus panjat batu la bagi tinggi sikit๐Ÿ˜œ.

Habis menikmati kecantikan alam dekat sungai ni...aku pun naik balik ke atas. Mengah sikit la. Tapi tak ada la teruk sangat. Seperti yang di jangka ...memang janji Melayu la kot...kata pukul 8 nak bertolak sekarang dah lepas 8.30am pun tak ada bayang2 macam nak bertolak. Relax Ainon...baru first day... WiFi dah off, sebab hari dah terang pihak hotel dah off generator. Bertabah saja la. Kami sempat mengadakan sessi group photography di depan imperial hotel ni untuk kenang-kenangan.

Aku pun tak tahu apa plan hari ni. Seperti biasa selalunya bila cuti-cuti macam ni, aku malas nak fikir. Serahkan pada tour leader untuk bawak. Dah la itinerari lari sikit, sebab kami sampai lewat semalam. Aku suruh Syirah tolong update aku itinerari untuk hari ni...macam secretary aku pulak๐Ÿ˜. Kalau ikut itinerari tu kita akan pergi Thajiwas Glacier. Ikut-ikut tempat yang di highlight kan dalam tour ni la kan. Alih-alih keputusan di buat tak jadi ke situ kerana memandangkan kemungkinan tiada snow pun di situ. Di luar kelihatan perang mulut bahasa mereka antara pihak our travel agent dengan local people di sini. Kerana kalau kita pergi atas, kena naik jeep dan mungkin kuda...so ada la pendapatan untuk mereka...jadi Local people memang nak kami naik atas. Sebab aku tak tahu sangat dan tak buat homework pasal itinerari, aku serah kan pada majoriti. Kalau aku buat homework memang aku mungkin akan bising juga la. Tapi aku rasa itu bukan suara majoriti pun...itu macam dah di tentukan oleh travel agent...sebab most of us tak tahu pun keadaan sebenar di situ. Ramai yang di belakang ni yang sok sek sok sek tak berapa puas hati, sebab memang ada yang nak pergi tapi tiba-tiba cancel. Terkilan sebab dah sampai Sonamarg tak jadi naik atas pulak dah....betul jugak. Tapi dia orang ni pun satu bising dekat belakang je bukan nya nak bersuara depan-depan.

So keputusan muktamad yang di buat untuk kami meneruskan perjalanan balik ke Srinagar. Barang-barang kami dah di naikkan ke atas van. Yang pasti, sebenar nya aku pun blur apa plan untuk hari ni. Tak ada briefing kata kita nak ke mana. Ikut saja lah.

Kami memulakan perjalan dengan bacaan doa oleh Datin Sham.. Dapat tazkirah free jugak la. Ada baik dan buruk nya juga jalan-jalan dengan group yang ada Elderly people ni. Sambil menikmati pemandangan di kiri kanan jalan. Menaiki dan turun bukit bukau dan tanah tinggi. Sampai satu kawasan,  driver di arahkan singgah ke satu perkampungan Kashmiri. Memang telah di bincangkan sebelum ini, untuk kami menyediakan buah tangan dan gula2 untuk melayan kanak-kanak di sini. Kata nya hari ini kami akan singgah ke beberapa buah perkampungan Kashmiri.

Jadi van kami menuruni jalan yang tak berapa rata...di redahnya juga. Kami sampai ke sebuah perkampungan yang juga terdapat sekolah di situ. Di tepinya terdapat sungai cantik mengalir dengan air yang jernih. Mungkin sambungan dari sungai berdekatan hotel kami pagi tadi. Seberang sungai itu terdapat jalan raya di atas bukit. Kerap juga kami mendengar hon-hon dari driver...yang entah sebab apa hon tak tentu pasal. Ada juga makcik Kashmiri yang membasuh baju di tepi sungai ni....macam seronok jer duduk situ.

Bila kami turun dari van, kanak-kanak keluar dari kelas. Kami menghadiahkan jajan2 dan cokelat yang kami bawa dari Malaysia untuk di hadiahkan pada mereka. Amat gembira budak-budak tu. Ada yang beratur untuk dapat kan gula-gula untuk kali kedua. Siap bergambar dengan kanak-kanak comel tu. Kalau dilihatkan pada pakaian sekolah mereka, setiap sekolah mempunyai uniform mereka yang tersendiri. Tak ada uniform yang seragam untuk ke semua murid-murid di Kashmir. Di sebabkan katanya banyak lagi perkampungan yang akan kami singgah, jadi kami tak bagi semua lah jajan2 tu pada satu masa. Kononnya akan di beri bila kita singgah kampung yang lain pula.

Kami sempat la mengambil gambar dengan perempuan Kashmiri yang basuh kain tadi. Aku pun tak tahu berapa lama kami akan di sini. Tidak seperti bila aku ikut tour-tour yang lain, di mana tour leader akan mengingatkan kami berapa tempoh kami perlu berada di sini dan apa yang perlu kami buat. Tambahan bila ahli kumpulan ramai... Sepatutnya kena la briefing sikit. Bawak bendera ke...untuk tunjukkan perjalanan ketua kumpulan supaya semua orang tahu dan dapat membaca ke mana arah tuju. Dan juga memastikan semua ahli kumpulan pergi ke tempat yang sama. Benda ni simple tapi kalau orang tak ambil kisah, boleh kecoh juga jadinya.

Dalam kami sibuk-sibuk mengambil gambar, separuh sudah mula masuk kembali ke van. Sementara separuh lagi sudah hilang ke kampung. Memandangkan cuaca panas dan Syirah pun macam tak sihat...aku ikut masuk ke van. Waktu tu tak ada la aku rasa macam nak marah sangat pun. Cuma ada la sikit rasa tak puas hati, sebab leaders boleh pergi macam tu saja tanpa bagi tahu semua orang...Assuming that everybody follow them and can read their mind.

Tapi memang kecoh la dalam van tu...sebab yang tinggal geng-gend elderly. Terperangkap sama dalam tu...aku, Syirah dan Syara. Ada beberapa orang yang aku tengok dalam van yang satu lagi. Aku ingat kan dia orang pergi jenguk kelas budak-budak tu saja. Tapi memang lama pun dia orang ni pergi...Visit satu kampung, tak ingat orang yang kena tinggal. Mengamuk la makcik-makcik ni. Sampai bengang jugak telinga aku ni sebab terpaksa dengar bebelan makcik-makcik tu. Siap cari kat mana hon...nak hon kan van tu supaya yang lain sedar. Aku nak tergelak pun ada jugak. Mana tak nya...dekat atas jalan seberang sana tu pun aku asyik dengar kereta hon...di tambah lak hon mak-mak datin ni. Memang tak significant langsung.

Suruh driver kejar kan dia orang. Ikut hati aku, memang aku pun nak pergi ikut dia orang ronda kampung tu...cuma aku tak tahu dah ke mana hala mereka. Dan nanti dengan dengan aku sekali kena smash dengan mak datin ni. Aku rasa sakit perut anak sedara aku tu lagi teruk bila dengar bebelan makcik-makcik tu. Rasa kena letak earplug. So aku turun dari van untuk ambil angin...kami berbincang sesama kami yang kena tinggal ni. Memang ada yang tak puas hati dengan pengendalian leader untuk trip ni.

As I was one of those yang kena tinggal and I would say, I am not the one who will just keep quiet...although I don't look like the malignant one. But if I am not happy, I will just say it...tak berapa suka cakap belakang jer. once I saw Shoaib dah turun...I directly complain to him first. I was stressed jugak duduk dalam van tu...dengan suara orang yang marah2. And knowing my own temper can be as bad also. So, I told him...this shouldn't be the case and he should put a time limit and remind us where he wanted to bring us. And don't assume that everyone knows where he's going to bring us.  Especially when you are dealing with a big group and there're elderly people in your group...you need to know how to handle it. What surprised me was... He said we can't put time limit to a place to visit. Ok...then you go and answer to that angry auntie. And definitely ...dia kena basuh dengan Auntie tu la๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚.

Since this is not my first trip following a big group and I had traveled to many places before...I can see there are some deficiency in how they handle the matter with the group participants. It's definitely different when you're handling a small group...may be you can take your own sweet time, but if you have a big group and elderly in the group, a lot of consideration and study need to be done. My choleric attitude as described earlier by Tun and Fahimi during previous trip does appear more, rather than just my melan behaviour ๐Ÿ˜„ . I just convey all the misunderstanding which had happened to the concern person...hope there'll be some changes on how they treat a big group like this. Please take care the elders as well.... We see how, whether there's any change or not.

Setakat ni...biar everybody cool down first. Dan sambung perjalanan. Banyak jugak ujian dalam trip kali ni untuk aku. Fifi promise nak tunjukkan gambar-gambar yang dia ambil di perkampungan tadi. Case closed...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

17/09/2017-Pengembaraan ke Kashmir (KL-New Delhi)

Tangan Tangan Ghaib

Travelogue to Turkey- Part VI-Konya - Mevlana museum and Sultanhani Caravanserai