Tiba-tiba rasa rindu menjengah
Tiba-tiba rasa rindu menjengah
Hujan pagi ini
Rasa kedinginan
Adakala menusuk hingga ke tulang
Di sana ku dengar banjir melanda
Sedang aku enak menghirup kopi panas
Sambil membaca berita di muka buku
Tiba-tiba rasa rindu menjengah
Apa khabar mu sahabat
Ah mala petaka apa kah ini
Luas bumi Allah ini tapi terasa sempit dunia
Terpenjara di ruangan sendiri
Katanya Covid melanda
Pergerakan terbatas hanya di dunia maya
Penjarakkan secara sosial dari dijangkiti
Tiba-tiba rasa rindu menjengah
Apa kamu sihat-sihat saja kah sahabat
Di media
Politikus bercakaran
Rakus merebut laba dan habuan
Takut takhta jatuh ke tangan lawan
Sedang rakyat di himpit kesusahan
Lalu semboyan darurat diisytiharkan
Agar dapat hentikan sementara perbalahan
Tiba-tiba rasa rindu menjengah
Kamu tidak apa-apa kan sahabat
Hari hari
Mala petaka silih berganti datang menimpa
Saban hari di hidangkan dengan angka
Yang dijangkiti kian berganda
Kematian tidak dapat dijangka
Bukan saja kuman tapi bala lain turut melanda
Seakan Dajjal menghantar bala tentera
Tiba-tiba rasa rindu menjengah
Jumaat jangan di lupa Al Kahfi ya sahabat
Tenang kedengaran laungan azan
Syukur pada mu Ilahi
Dalam kesunyian dan keterbatasan
Masih kau beri kami kehidupan
Ditengah tengah karamnya sifat manusiawi
Angkuh dan lupa diri
Kau jentik kami dengan ujian
Agar kami kembali rasa bertuhan
Tiba-tiba rasa rindu menjengah
Jangan tinggal solat ya sahabat
Tiba-tiba rasa rindu itu menjengah lagi
Rindukan masa lalu
Rindukan kebebasan
Rindukan pengembaraan
Rindukan ketenangan
Rindukan semua
Dan
Aku benar benar rindukan mu sahabat
Alhambra
14/01/2021
MCO 2.0
Ulasan