Marijuana Cinta
Cinta itu ibarat marijuana yang mengkhayalkan diri
Semakin disedut nikmatnya semakin menjadi
Lalu harus bagaimana mahu ku campak ketagihan ini
Lalu harus bagaimana mahu ku campak ketagihan ini
Semuanya yang ku lihat ternampak indah
Ilham datang mencurah-curah
Bikin tubuhku bertenaga dan senyum sendiri
Kadang juga berhalusinasi
Sudah berkali-kali cuba berhenti
Namun tiap kali juga tak menjadi
Tekad dan nekad kali ini
Tapi terus jadi tak keruan
Sakit yang teramat tak mampu ku menahan
Apa dibuat serba tak kena
Menggigil tubuh ku
Merah mata ku
Berpinar pandanganku
Lalu tunduk jatuh
Rebah ke bumi
Ku sedut kembali
Buat penyambung hayat
Penenang jiwa biarpun sesaat
Agar dapat bertahan melepas penat
Ingin ku jadikan ia ubat
Bukan untuk jadi penagih sesat
Candu juga bisa jadi penawar
Jika digunakan dengan wajar
Cuma jangan diambil berlebihan
Bimbang dicekup penguasa dan ditahan
Lalu dibawa ke pusat pemulihan
Untuk dinyahkan segala racun dan bisa dalam badan
Mungkin itu lebih baik dan berkesan
Semoga suatu hari nanti
-Alhambra
11/6/2014
Ulasan