Kerana Diriku Juga Melayu
Melayu...
Kenapa kau semakin layu
Tidak lagi seperti dulu
Bikin hati ku semakin sayu
Melihat kau jadi begitu
Yang memimpin itu Melayu
Yang kuli juga Melayu
Yang laung kata bersatu itu Melayu
Yang berpuak-puak juga Melayu
Yang bertempat itu Melayu
Yang merempat pun tak kurang Melayu
Katanya berbudi bahasa itu tentulah Melayu
Tapi mengapa yang samseng juga Melayu
Patut rajin kerja, banting tulang itu Melayu
Tapi mengapa yang malas dan lembab itu lebihnya Melayu
Tampak sopan berbaju Melayu dan berbaju kurung itu pakaian Melayu
Tapi kenapa yang berseluar pendek dan skirt itu juga Melayu
Kuat agama, solat dan puasa itu Melayu
Tapi kenapa yang tiada amalan agama itu juga Melayu
Anak siapakah itu yang menagih dadah
Itu anak Melayu
Anak siapakah itu yang merempit
Itu anak Melayu
Anak siapakah itu menjadi bohsia dan bohjan
Itu juga anak Melayu
Anak siapakah yang mabuk arak
Itu juga Melayu
Lantas apa lagi yang kau bangga wahai bangsaku
Identiti mu kini sudah bercelaru
Siapa yang melihat mula keliru
Adakah kamu benar benar Melayu
Bicara mu kini tak lagi seperti dulu
Lebih kau bangga bahasa penjajah
Lebih berdusta berkata dari pendusta
Lembut dan sopan sudah tidak lagi boleh dijaja
Pakaian mu jangan di tegur lagi
Ramai yang kain sudah tak cukup inci
Bila ditanya mengapa kau begini
Kata mu itulah gaya masakini
Maaf jika bicara ku menyengat
Aku hanya melontarkan pendapat
Agar kita sama-sama mendapat manfaat
Bukan niatku berkata kesat
Semoga Melayu tak makin sesat
Sesak dada ku hanya tuhan yang tahu
Melihatkan gara-gara mu
Hai Melayu
Apalah daya ku
Kerana aku juga Melayu
seperti mu.
-Alhambra
10 September 2014
Ulasan