Kerusi dan Kuasa


Kau itu siapa...
Lagak mengalah menteri perdana 
Bicara bagai sudah lupa diri
Kata orang langsung tak dipeduli
Mengarah orang sesuka hati 
Demi cita dan cinta pada duniawi
Dikerah semua anak dan isteri
Langkah Kajang rencana dimulai
Langkah sumbang terserlah dari hari ke hari
Sandiwara dilakon nampak tak menjadi
Menyalahkan orang tanpa bukti 
Aib orang kau buka tak peduli
Kerana kehendakmu tidak dituruti
Bagaikan diri mu makhluk suci

Kau ini kenapa...
Tiadakah lagi rasa hormat
Degil tidak bertempat
Merasa diri pemimpin terhebat
Ingin jadi seperti Si Jebat
Sukar sungguh mendengar nasihat 
Bukankah kami yang memberi engkau mandat
Kenapa memaksa rakan yang taat
Dalam perkara yang tidak bisa sepakat
Bukankah bermusyawarah itu punca berkat
Mungkin kau punya muslihat
Ataukah punya niat yang menjerat 

Kau itu bagaimana...
Titah sultan kau sanggah
Ucap mu sombong berbau megah
Laku mu mengundang amarah
Angkara nafsu mu 
Rakan mu hampir berpecah
Rakyat dimangsa keluh kesah
Keutamaan bukan lagi pada yang absah
Hanya angan mu yang kau kisah

Lalu kami harus bagaimana...
Salahkah bila kami tak setuju
Salahkah bila kami enggan bersekutu
Kami rakyat tidak buta bukan bisu
Bisa saja bersuara bila tidak sebulu
Permaisuri mu kami tak mahu
Bukan kerana kurang berilmu
Kalaulah engkau kami halang
Mana mungkin dia kami tatang
Kerana dia dan engkau makan sedulang

Masa terbaik mu sudah berlalu
Ayuh amanahkan saja pada generasi baru
Kembalilah pada asal usul mu
Jika kau benar maka Tuhan akan membantu
Koreksi diri dan berdoa tanpa jemu
Semoga Tuhan akan sentiasa memandu mu

- Cetusan Rasa Alhambra
29 August 2014



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

17/09/2017-Pengembaraan ke Kashmir (KL-New Delhi)

Tangan Tangan Ghaib

Travelogue to Turkey- Part VI-Konya - Mevlana museum and Sultanhani Caravanserai