Songsang (Aduh Saleha)


Dunia kini dah makin gila
Sudah tak tahu mana jantan dan mana betina nya
Bila si Saleh mahu jadi Saleha
Dan si Zainal bertukar dengan Zarina
Yang lelaki lembut mengalahkan wanita
Rambut mengurai bagaikan si dara
Bibir merah bagaikan biji saga
Sekali pandang ayu jelita
Alamak bila bersuara garau la pula
Yang perempuan pula apa nak jadi
Lembut dan sopan sudah tiada lagi
Dilahir sempurna perempuan sejati
Gembira ibu ayah comel nya bayi
Bila dewasa lain pula jadi
Sangka nya boleh bergelar sang puteri
Sudah besar teringin pula nak jadi lelaki

Lalu bangkit lah mereka pembela hak asasi
Kata mereka apa yang kau peduli
Kau jaga saja lah tepi kain sendiri
Bukan kah itu hak peribadi 
Bebas saja pilih jantina sendiri
Mereka ada masalah identiti
Hajat mereka perlu dipenuhi
Penyakit baru mula di cipta
Untuk memenuhi kehendak citarasa
Mereka ada masalah 'G.I.D'
Sampai mereka lupa siapa itu 'GOD'
'bijak pandai' mula bersuara
Hak minoriti perlu dijaga
Mereka perlu pembelaan sama rata
Hingga mereka lupa siapa yang lebih berkuasa

Mereka bawa budaya songsang
Mahu diajak kita sama berjuang
Hingga ramai yang mula jadi bangang
Golongan ilmuan mula diserang
Yang jahil pula di angkat dijulang
Hukum Allah di pertikai berulang-ulang
Sedikit demi sedikit agenda mereka mendapat ruang
Sedarlah...
Yang hak itu jelas
Yang batil juga jelas
Tidak lagi perlu berkias
Masih juga mahu terus berbahas
Dalam hal yang tak perlu lagi diperjelas
Perjalanan hidup ini ada had ada batas
Agar kita tidak terbabas 

-Alhambra 
11 November 2014


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

17/09/2017-Pengembaraan ke Kashmir (KL-New Delhi)

Tangan Tangan Ghaib

Travelogue to Turkey- Part VI-Konya - Mevlana museum and Sultanhani Caravanserai