Teguran untuk Saudari- Saudari ku


Hari ini
Biarlah jari-jari ini berbicara
Tatkala mulut ku tak mampu bersuara
Kerana aku insan yang lemah
Tidak pantas untuk berhujah
Takut suaraku jadi gementar
Tidak tahan menepis komentar
Mungkin imanku belum lagi begitu jitu
Hanya dengan jari-jemari ini kutunjukkan rasa tak setuju
Dengan nya aku menegur secara halus
Semoga hati-hati mereka bisa ku tembus

Saudari saudari
Kamu gelar kamu saudara ku
Kamu kata kita hanya bertuhan pada Allah yang satu
Muhammad itu Rasul terakhir untuk kamu dan juga aku
Syahadah kita tiada beda nya
Katamu sumber rujukan kita dari kitab yang sama
Tapi mengapa fikir mu jauh berbeza dari alim ulama
Bukan kah dari mereka kita patut belajar hidup beragama
Kamu ambil apa yang kamu mahu
Kamu campak apa yang tak kamu setuju
Hukum tuhan kamu pertikai 
Lebih percaya pada akal mu yang dangkal
Merasa diri dari golongan cerdik pandai
Fatwa ulama tak mahu kamu pakai

Saudari-saudariku
Kamu berani kerana kamu sudah ada nama
Keluarga kamu dari golongan ternama
Orang-orang sekeliling mu orang berada
Pengaruh mu jangan ditanya
Kata mu mahu menyelamatkan kan wanita
Fikir mu Islam menempatkan wanita ke kelas kedua
Patut tiada bezanya Adam dan Hawa
Hingga sampai kau jadi lupa dan alpa
Kita memang di ciptakan berbeza
Bukankah Islam yang memertabatkan wanita
Tak perlu lah kamu pinda undang-undang Pencipta
Kerana dengannya Islam sudah terlalu sempurna 
Tiada langsung cacat cela nya
Semuanya telah di atur atas kehendak Nya

Ingatlah saudari-saudari
Jangan kau jadi sombong dan angkuh 
Aku tahu kau punya pengaruh
Didunia ini takhta mu mungkin kukuh
Di akhirat tempat mu belum tentu lagi ampuh
Usah kau bersekongkol dengan musuh Mereka ada agenda tersirat penuh muslihat
Pandangan jahiliyah janganlah kau nobat
Fatwa ulama tak mahu pula kau sepakat
Kerana terasa kebebasanmu di ikat
Sudah lah...
Renungkan lah walau sesaat
Jangan jadi umat yang sesat
Kita sudah tiada masa untuk terus berbalah
Harus kita bergerak dalam satu jemaah
Supaya kita tak terus lemah
Jangan biarkan pemikiran kita terus dijajah
Oleh musuh-musuh yang tak henti menerjah

-Alhambra 
4 Nov 2014 (11 Muharram 1436)


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

17/09/2017-Pengembaraan ke Kashmir (KL-New Delhi)

Tangan Tangan Ghaib

Travelogue to Turkey- Part VI-Konya - Mevlana museum and Sultanhani Caravanserai